Anastasia Beverly Hills Memperkenalkan Kiss Theory Lip Balm – Produk Gincu 3-Dalam-1

July 21, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Anastasia Beverly Hills memperkenalkan produk bibir terbaharunya, Kiss Theory Lip Balm yang menggabungkan tiga fungsi dalam satu formulasi iaitu balsam bibir, gincu dan pengilat bibir.

Menerusi produk bibir ini, ia direka untuk memberikan warna, kelembapan dan kemasan berkilat dalam satu sapuan.

Produk ini sesuai untuk mereka yang mahukan rutin solekan yang lebih ringkas.

Kiss Theory Lip Balm hadir dengan tekstur gel-balm yang ringan dan mudah meluncur pada bibir tanpa terasa melekit, berat atau berminyak. Formulanya turut memberikan kelembapan sambil menyerlahkan warna yang lebih menyerlah dengan kemasan berkilat seakan kaca (glass-like shine).

Produk ini ditawarkan dalam 14 pilihan rona, daripada warna nude untuk kegunaan harian hinggalah tona yang lebih berani serta pilihan kemasan berkilau.

Kiss Theory Balm ini juga turut boleh dipakai secara bersendirian untuk penampilan yang ringkas atau dipadankan bersama Lip Liner bagi menghasilkan bibir yang lebih kemas dan terdefinisi.

Cara pemakaiannya juga mudah. Hanya putarkan sedikit produk dan sapukan terus pada bibir bermula dari bahagian tengah sebelum diratakan ke arah luar untuk kemasan yang sekata.

Bagi yang berminat, Anastasia Beverly Hills Kiss Theory Lip Balm dijual pada harga RM94 dan kini boleh didapati secara eksklusif menerusi Sephora Malaysia di laman web rasmi serta cawangan Sephora di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd