SHIN Ramyun Hadir Dengan Perisa Baharu Stir Fry Kimchi Sempena Ulang Tahun Ke-40

July 21, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jika anda penggemar mi segera Korea, kini ada satu lagi pilihan baharu yang boleh dicuba. NONGSHIM SHIN Ramyun memperkenalkan Stir Fry Kimchi, perisa terbaharu yang menggabungkan rasa manis, pedas dan umami menerusi profil rasa ‘SWICY’ (sweet and spicy).

Pelancaran perisa baharu ini turut bersempena sambutan ulang tahun ke-40 NONGSHIM SHIN Ramyun, sekaligus meraikan legasi jenama mi segera Korea yang telah menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia sejak tahun 1986.

Tambah NONGSHIM, pelancaran produk SHIN Ramyun ini turut mencipta sejarah sebagai jenama mi segera Korea pertama yang mencatat jualan global melebihi KRW20 trilion.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, lebih 42.5 bilion pek SHIN Ramyun telah terjual di seluruh dunia, menjadikannya antara mi segera Korea paling popular di pasaran antarabangsa.

Bagi yang tidak mengetahui, SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi diinspirasikan daripada rasa kimchi goreng tradisional Korea yang terkenal dengan gabungan rasa pedas, sedikit manis dan umami yang menyelerakan.

Mi kenyal ikonik SHIN Ramyun dipadankan dengan sos yang lebih pekat, lengkap dengan cebisan kimchi asli dan sawi putih, menghasilkan hidangan yang kaya dengan rasa dalam setiap suapan. Gabungan ini memberikan keseimbangan antara kepedasan, kemanisan dan aroma kimchi yang menjadi kegemaran ramai pencinta makanan Korea.

Untuk pasaran Malaysia, SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi ini telah disahkan Halal dan dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan pengguna di Malaysia. Ia menawarkan kemudahan penyediaan bersama citarasa asli Korea.

Bagi yang berminat, NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi kini boleh didapati di pasar raya utama di seluruh Malaysia. Ia juga boleh dibeli menerusi NONGSHIM Official Store di TikTok Shop.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd