Sol de Janeiro Memperkenalkan Variasi Baharu Untuk Siri Body Badalada

July 22, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Sol de Janeiro kini memperluaskan siri Body Badalada di Malaysia dengan memperkenalkan beberapa variasi losyen baharu yang hadir dalam tekstur berbeza serta dipadankan dengan wangian ikonik Cheirosa.

Menurut Sol de Janeiro, pengenalan beberapa variasi baharu losen ini adalah bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna – selain turut membantu menyesuaikan rutin penjagaan kulit mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing.

Untuk koleksi Body Badalada Lotion baharu ini, ia direka untuk memberikan kelembapan sehingga 24 jam dengan tekstur yang ringan, cepat meresap dan tidak meninggalkan rasa melekit atau berminyak pada kulit.

Berteraskan falsafah Sol + Science, setiap losyen bukan sahaja membantu melembapkan kulit, malah menawarkan pengalaman penjagaan diri yang lebih menyenangkan melalui sentuhan tekstur dan haruman tersendiri.

Kini, siri Body Badalada hadir dengan tiga pilihan losyen yang menawarkan tekstur dan wangian berbeza.

Pilihan pertama ialah Body Badalada Skin Refresh Water Lotion dengan wangian Cheirosa 48. Losyen ini mempunyai tekstur yang ringan seperti air, mudah meresap ke dalam kulit dan memberikan rasa segar serta lembap selepas digunakan.

Pilihan kedua ialah Body Badalada Moisture Melting Lotion yang dipadankan dengan wangian Cheirosa 39. Ia menawarkan kelembapan yang lebih menyeluruh, selain membantu menguatkan lapisan kelembapan kulit agar kulit kekal terhidrat lebih lama.

Sementara itu, Body Badalada Daily Glow Lotion pula hadir sebagai edisi terhad. Ia menggunakan formula asal Body Badalada yang diperkaya dengan kemasan glowing untuk memberikan kulit kelihatan lebih berseri. Losyen ini turut menampilkan wangian ikonik Cheirosa 62.

Bagi yang berminat, kesemua produk dalam siri Body Badalada kini boleh didapati di Sephora Malaysia, sama ada di cawangan fizikal mahupun secara atas talian. Ia ditawarkan dalam dua saiz iaitu 400ml pada harga RM128 dan 100ml pada harga RM82.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd