Samsung Galaxy Watch Ultra2 Dan Galaxy Watch9 Tampil Dengan AI, Bateri Lebih Besar Dan Ciri Kesihatan Dipertingkat
Lina Rosli
Samsung turut memperkenalkan dua jam tangan pintar baharu iaitu Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Samsung Galaxy Watch9.
Kedua-duanya hadir dengan pelbagai penambahbaikan daripada segi prestasi, ketahanan serta ciri kesihatan berasaskan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menawarkan pengalaman pemantauan kesihatan yang lebih menyeluruh.
Menerusi model terbaharu ini, Samsung turut membawakan cip Snapdragon Wear Elite Platform, paparan paling terang pernah ditawarkan pada siri Galaxy Watch serta hayat bateri yang lebih panjang. Gabungan ini membolehkan pengguna memantau kesihatan, aktiviti harian dan kecergasan dengan lebih lancar sepanjang hari.

Samsung Galaxy Watch Ultra2 Direka Untuk Aktiviti Lasak
Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy Watch Ultra2 merupakan model paling premium dalam siri Galaxy Watch dan dibangunkan khusus untuk pengguna yang aktif melakukan aktiviti luar serta sukan lasak.
Jam tangan pintar ini hadir dengan paparan yang mampu mencapai tahap kecerahan sehingga 5,000 nits, menjadikannya mudah dilihat walaupun di bawah cahaya matahari. Ia turut dilengkapi bateri 800mAh, iaitu 35% lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

Selain itu, Galaxy Watch Ultra2 menawarkan pelbagai ciri khas untuk aktiviti luar seperti Trail Run yang memaparkan maklumat berkaitan ketinggian, pendakian dan keadaan laluan bagi membantu pengguna mengurus rentak larian dengan lebih baik.
Samsung turut memperkenalkan fungsi Nutrition Alert, yang menganggarkan kehilangan peluh berdasarkan berat badan dan memberikan cadangan bila serta berapa banyak air yang perlu diminum ketika bersenam.

Bukan itu sahaja, Galaxy Watch Ultra2 juga menyokong aktiviti menyelam. Dengan pensijilan IP69K, 10 ATM dan EN13319, jam tangan ini mampu menjejaki maklumat seperti kedalaman, tempoh selaman dan suhu air secara automatik sebaik sahaja pengguna memasuki air.
Walaupun hadir dengan bateri lebih besar, Galaxy Watch Ultra2 masih menawarkan rekaan yang 12% lebih nipis berbanding model terdahulu. Ia juga menggunakan binaan titanium bersama tali jam yang lebih ringan untuk keselesaan pemakaian sepanjang hari.
Samsung Galaxy Watch9 Fokus Kepada Kesihatan Harian
Bagi pengguna yang mahukan jam tangan pintar untuk kegunaan harian, Samsung Galaxy Watch9 hadir dengan reka bentuk aluminium yang lebih ringan serta selesa dipakai sepanjang hari.
Ia menggunakan cip Snapdragon Wear Elite Platform bersama bateri 390mAh.
Samsung turut menawarkan pelbagai pilihan tali jam baharu yang diperbuat daripada silikon lembut, fabrik serta bahan premium bagi memberikan lebih banyak pilihan mengikut gaya hidup pengguna.

Ciri AI Baharu Untuk Pemantauan Kesihatan
Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 turut berkongsi pelbagai ciri kesihatan baharu yang dikuasakan AI menerusi sensor BioActive.
Antara ciri yang diperkenalkan ialah Vitals, yang memantau keadaan kesihatan asas pengguna ketika tidur dan memberikan amaran sekiranya terdapat perubahan luar biasa.
Turut diperkenalkan ialah Heart Health Score, yang memberikan skor kesihatan jantung bersama cadangan gaya hidup, serta Daily Cardio Load yang membantu pengguna merancang intensiti latihan dan tempoh pemulihan berdasarkan aktiviti harian.
Selain itu, Fitness Index memberikan gambaran keseluruhan tahap kecergasan pengguna serta mencadangkan sasaran yang bersesuaian, manakala ciri Hearing pula memantau tahap pendedahan kepada bunyi bising dan memberi amaran sekiranya ia berada pada tahap yang boleh menjejaskan pendengaran.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy Watch Ultra2 ditawarkan dalam saiz 47mm dengan pilihan warna Titanium Silver dan Titanium Gray.Bagi yang berminat, Galaxy Watch Ultra 2 ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,399 dengan dua pilihan warna Titanium Silver dan TitaniumBagi yang berminat, Samsung Galaxy Watch Ultra2 ditawarkan dalam saiz 47mm dengan pilihan warna Titanium Silver dan Titanium Gray.
Samsung Galaxy Watch9 pula hadir dalam saiz 40mm dan 44mm – yang mana ia ditawarkan pada harga bermula RM1,499.