Philips Baristina Bawa Pengalaman Kopi Premium Ke Rumah Dalam Masa Kurang 60 Saat

July 23, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Budaya kopi di Malaysia semakin berkembang, dengan ramai pencinta kopi mula mencari pengalaman menikmati kopi berkualiti tinggi bukan sahaja di kafe, tetapi juga di rumah.

Oleh itu, Philips memperkenalkan Philips Baristina, sebuah mesin espresso kompak yang direka untuk memudahkan pengguna menikmati kopi daripada biji kopi segar terus ke cawan dalam masa kurang daripada 60 saat.

Apa yang menarik mengenai mesin kopi baharu dari Philips ini adalah penawaran 2-dalam-1, yang mana pengguna boleh terus mengisar biji kopi secara automatik dan kemudiannya terus menikmati hasil espresso terus pada mesin berkenaan.

Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati secawan kopi berkualiti tanpa perlu melalui proses penyediaan yang kompleks.

Menurut Philips, Baristina direka untuk menjadi pilihan pertengahan antara mesin espresso tradisional dan sistem kapsul kopi. Berbeza dengan mesin kapsul yang bergantung kepada pod pakai buang, pengguna Philips Baristina bebas memilih jenis biji kopi kegemaran mereka untuk menghasilkan rasa kopi yang lebih peribadi.

Kopi Espresso Lebih Mudah Dengan Teknologi Pintar

Philips Baristina dilengkapi dengan beberapa ciri utama yang membantu menghasilkan espresso berkualiti tinggi dengan lebih mudah.

Antara cirinya ialah sistem Ceramic Bean Grinder yang mempunyai fungsi kalibrasi automatik untuk menyesuaikan proses kisaran mengikut jenis biji kopi yang digunakan. Ia membantu mengekalkan rasa dan aroma kopi dengan lebih baik.

Mesin ini turut hadir dengan 16-Bar Pressure Pump yang membantu menghasilkan aliran kopi optimum untuk espresso atau lungo dengan rasa lebih kaya dan beraroma.

Bagi peminat kopi berasaskan susu seperti latte dan cappuccino, Philips turut menawarkan milk frother berasingan yang boleh menghasilkan buih susu panas atau sejuk dalam masa singkat.

Selain mudah digunakan, reka bentuk Philips Baristina juga menitikberatkan aspek kebersihan. Pengguna hanya perlu membilas atau mengelap portafilter selepas digunakan tanpa perlu membersihkan banyak komponen tambahan.

Dengan reka bentuk yang kompak, Philips Baristina mudah diletakkan di mana-mana ruang dapur tanpa mengambil banyak tempat. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Black dan Milky White, dengan pilihan kemasan pemegang portafilter yang boleh ditukar termasuk warna Milky White, Mango Yellow, Black dan kayu.

Bagi yang berminat, Philips Baristina kini boleh didapati secara eksklusif di Harvey Norman Malaysia serta melalui platform atas talian terpilih termasuk TikTok.

Aksesori tambahan seperti milk frother dan pemegang portafilter boleh dibeli secara berasingan. Untuk maklumat lanjut mengenai Philips Baristina, layari laman rasmi Philips Malaysia Baristina.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd