TK By Tyra Memperkenalkan The Eye Edit – Palet Pembayang Mata Pertama Dengan 9 Warna Untuk Solekan Harian

July 24, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Baru-baru ini, TK By Tyra dilihat hadir dengan produk baharu iaitu The Eye Edit Eyeshadow Palette. Ia merupakan palet pembayang mata pertama jenama ini yang dibangunkan dengan konsep “the only edit your eyes will ever need“.

The Eye Edit direka sebagai palet yang boleh digunakan setiap hari. Ia menawarkan gabungan warna-warna asas dan tona yang lebih menyerlah, menjadikannya sesuai untuk solekan harian mahupun penampilan yang lebih glamor.

Menurut TK By Tyra, penghasilan palet ini bukan sekadar mengikut trend semasa, sebaliknya bertujuan menghasilkan satu palet yang mudah digunakan oleh semua orang.

Tambah mereka juga, ramai yang menganggap penggunaan pembayang mata agak sukar, terutamanya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan solekan.

The Eye Edit didatangkan dengan sembilan pilihan warna yang menggabungkan kemasan matte dan metallic. Warna-warna yang dipilih juga disusun agar mudah dipadankan antara satu sama lain, sama ada digunakan secara berasingan atau digabungkan untuk menghasilkan dimensi pada solekan mata.

Tekstur matte yang lembut memudahkan proses blending, manakala kemasan metallic memberikan kesan berkilau dengan sapuan yang minimum. Ini membolehkan pengguna menghasilkan solekan yang ringkas untuk kegunaan harian atau penampilan yang lebih menyerlah untuk acara istimewa menggunakan satu palet sahaja.

Bagi yang berminat, The Eye Edit Eyeshadow Palette kini ditawarkan pada harga RM50, menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang mencari palet pembayang mata serba guna tanpa perlu memiliki beberapa palet berasingan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd