NESCAFÉ Cipta Rekod Malaysia – Sebanyak 4,000 Cawan Kopi Disediakan Dalam Masa Sejam

July 30, 2026
Kopi

Lina Rosli

NESCAFÉ Malaysia mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya menyediakan kira-kira 4,000 cawan kopi dalam tempoh satu jam menerusi pelancaran NESCAFÉ Espresso Concentrate di SCORE Marathon 2026.

Pencapaian itu sekaligus menetapkan rekod baharu bagi kategori Most Coffee Cups Served in an Hour, dengan purata lebih 60 cawan kopi disediakan setiap minit.

Rekod tersebut membuktikan kemudahan penyediaan kopi menggunakan NESCAFÉ Espresso Concentrate yang hadir dalam bentuk pati espresso cecair, membolehkan pengguna menghasilkan kopi ais ala kafe dengan lebih mudah di rumah.

Menurut NESCAFÉ, pelancaran produk ini dibuat susulan peningkatan populariti kopi sejuk dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Selain menawarkan pengalaman menikmati kopi yang lebih mudah, jenama itu turut mahu menjadikan kopi sebagai medium untuk mengeratkan hubungan melalui aktiviti dan minat yang dikongsi bersama.

Untuk pengetahuan anda, kira-kira 50,000 pelari dan pengunjung direkodkan hadir di acara. Dengan kerjasama dengan SCORE Marathon ini, ia secara tidak langsung meraikan budaya kopi yang semakin berkembang – di samping menyediakan ruang untuk orang ramai berkumpul dan menikmati minuman kopi bersama.

Bagi yang berminat, NESCAFÉ Espresso Concentrate ini boleh didapati di semua peruncit utama seluruh negara pada harga bermula RM22.50 sebotol. Menerusinya, anda boleh menghasilkan sama ada iced latte atau resipi kopi lain yang diperibadikan mengikut citarasa masing-masing.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd