Marriott Bonvoy Memperkenalkan Kempen Brew With Benefits – Tawar Coklat Patchi Percuma
Lina Rosli
Marriott Bonvoy memperkenalkan kempen Brew with Benefits menerusi kerjasama eksklusif bersama jenama coklat mewah Patchi Malaysia.
Kempen yang berlangsung dari 27 Julai hingga 27 Oktober 2026 ini menawarkan ganjaran kepada ahli Marriott Bonvoy yang membeli secawan kopi atau teh di hotel-hotel terpilih di Malaysia.

Melalui kempen ini, setiap ahli Marriott Bonvoy yang membeli satu minuman kopi atau teh yang layak akan menerima sekeping coklat Patchi 10 gram secara percuma. Inisiatif ini bertujuan menjadikan rutin menikmati kopi atau teh lebih istimewa dengan padanan coklat premium.
Menurut Mariott Bonvoy, kempen Brew with Benefits bukan sahaja menghargai ahli sedia ada, malah memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk mengenali program Marriott Bonvoy melalui pengalaman menikmati kopi atau teh bersama coklat Patchi.


Selain ahli sedia ada, pengunjung yang belum menyertai Marriott Bonvoy juga boleh mendaftar secara percuma di hotel yang mengambil bahagian dan terus menikmati ganjaran tersebut.
Ahli baharu turut akan menerima:
- Sekeping coklat Patchi 10 gram secara percuma.
- Baucar diskaun 10% untuk pembelian di butik Patchi Malaysia yang mengambil bahagian, tertakluk kepada terma dan syarat.
Kempen Brew with Benefits berlangsung di empat hotel Marriott Bonvoy di Malaysia, iaitu W Kuala Lumpur, The St. Regis Kuala Lumpur, Le Méridien Putrajaya dan The Westin Kuala Lumpur.