Secret Recipe Memperkenalkan Menu Local Remix Sempena Bulan Merdeka

July 31, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sempena sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini, Secret Recipe memperkenalkan Menu Istimewa Merdeka menerusi siri Local Remix, yang menggabungkan cita rasa tempatan dengan sentuhan hidangan Barat.

Siri menu edisi terhad ini diinspirasikan daripada rempah dan hidangan ikonik Malaysia, menawarkan pengalaman menjamu selera yang menggabungkan elemen tradisional dengan gaya moden.

Antara hidangan yang ditawarkan ialah Spiced Tandoori Chop with Mint Sauce (RM26.90), iaitu ayam tandoori panggang yang dihidangkan bersama kentang wedges, raita dan sos yogurt pudina.

Bagi penggemar rendang, Chicken Rendang Lasagne (RM25.90) menggabungkan lapisan lasagna dengan rendang ayam, sos rendang berkrim dan keju cair, menghasilkan gabungan cita rasa tempatan dan Itali.

Secret Recipe turut memperkenalkan Smoked Duck Rendang Mac & Cheese (RM26.90), iaitu makaroni bersama sos rendang berkrim, cendawan shimeji dan keju mozzarella yang dipadankan dengan hirisan dada itik salai.

Sementara itu, Seafood Asam Pedas Pasta (RM26.90) menawarkan pasta bersama sos asam pedas yang pedas dan masam, dihidangkan dengan kupang, udang, isi kerang kecil serta tomato ceri.

Bagi melengkapkan hidangan, pelanggan juga boleh memilih minuman Peach Lychee Cooler atau Peach Strawberry Punch, masing-masing berharga RM10.90.

Untuk anda yang ingin mencuba, menu Local Remix boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia bermula 1 Ogos 2026, kecuali di AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd