HABIB Melancarkan Koleksi Tengkolok Dan Wafer Emas MY Corak Sempena Bulan Kebangsaan 2026
Lina Rosli
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia pada yahun ini, HABIB hadir dengan Kempen Merdeka HABIB 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 31 Ogos di semua bilik pamerannya di seluruh negara.
Bertemakan perpaduan, kebersamaan dan semangat cintakan negara, kempen tahun ini meraikan kepelbagaian seni serta warisan budaya Malaysia menerusi pelancaran koleksi barangan kemas dan wafer emas edisi khas yang diinspirasikan daripada identiti setiap wilayah di negara ini.

Antara tarikan utama ialah Koleksi Tengkolok, yang menampilkan rangkaian cincin dan gelang tangan eksklusif – yang diinspirasikan daripada tengkolok yang dipakai oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu laungan kemerdekaan yang pertama pada tahun 1957.
Terdapat tiga jenis corak yang diperkenalkan yang mana ketiga-tiganya hadir dengan sentuhan kontemporari. Koleksi ini menggabungkan siluet asimetri, elemen geometri yang diinspirasikan daripada lipatan tengkolok serta kemasan berlian, sekaligus mengetengahkan gabungan warisan budaya dengan rekaan moden.



Selain koleksi barangan kemas, HABIB turut memperkenalkan Koleksi Wafer Emas 999.9 MY Corak, yang diinspirasikan daripada keunikan budaya lima wilayah utama Malaysia iaitu Malaysia Utara, Selatan, Tengah, Timur dan Pantai Timur.
Setiap wafer emas menampilkan ilustrasi mercu tanda ikonik, flora, fauna, motif tradisional serta simbol budaya yang menggambarkan identiti tersendiri setiap wilayah. Ia ditawarkan secara individu atau dalam set lengkap lima keping, dengan pembungkusan khas yang diinspirasikan daripada seni batik sebagai penghargaan kepada warisan negara.

Menurut HABIB, koleksi ini mencerminkan komitmen jenama tempatan itu dalam mengangkat seni dan budaya Malaysia melalui rekaan yang menggabungkan nilai tradisi dengan ketukangan kontemporari.
Bagi yang berminat, kempen Merdeka HABIB ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2026 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.