OWNDAYS Malaysia Perkenal Kempen Baharu Dan Koleksi Signature Bersama Mira Filzah

August 4, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Jenama cermin mata dari Jepun, OWNDAYS Malaysia, melancarkan kempen baharunya yang dikenali sebagai OWN “your” DAYS dengan menampilkan pelakon dan ikon gaya hidup, Mira Filzah sebagai duta kempen rasmi.

Kempen ini mengetengahkan mesej mengenai ekspresi diri, keyakinan serta gaya peribadi – yang mana ia menggalakkan orang ramai melihat cermin mata bukan sekadar alat bantuan penglihatan, tetapi juga sebagai aksesori yang melengkapkan penampilan harian.

Bersempena kempen tersebut, OWNDAYS turut mengetengahkan tiga koleksi signature yang direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup berbeza.

OWNDAYS AIR dihasilkan menggunakan material ringan dan tahan lasak bagi memberikan keselesaan sepanjang hari. Koleksi ini sesuai untuk kegunaan harian termasuk ketika bekerja, mengembara dan menjalani aktiviti luar.

Bagi mereka yang mengutamakan perlindungan daripada cahaya matahari, OWNDAYS | SUN menawarkan pelbagai pilihan cermin mata hitam dengan perlindungan 100% daripada sinaran UV, selain didatangkan dalam pelbagai rekaan moden.

Sementara itu, Graph Belle menampilkan rekaan feminin dan elegan yang sesuai dipakai dalam pelbagai situasi, sama ada di tempat kerja mahupun ketika menghadiri acara sosial.

Cermin Mata Siap Dalam Kira-Kira 20 Minit

Selain menawarkan pelbagai pilihan bingkai, OWNDAYS turut dikenali menerusi perkhidmatan penyediaan cermin mata dalam tempoh kira-kira 20 minit selepas pembayaran dibuat.

Perkhidmatan ini merangkumi pemilihan bingkai, pemeriksaan mata serta pemprosesan kanta, bergantung pada jenis kanta, preskripsi dan ketersediaan produk.

Bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh, OWNDAYS turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan seumur hidup secara percuma di semua cawangannya di seluruh dunia.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pelarasan bingkai, mengetatkan skru, penggantian pelapik hidung dan pembersihan kanta, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Melalui kempen OWN “your” DAYS, OWNDAYS Malaysia berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melihat cermin mata sebagai sebahagian daripada identiti dan gaya hidup harian, selain menikmati pengalaman mendapatkan cermin mata yang lebih mudah, pantas dan praktikal.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd