Sunshine Bakeries Memperkenalkan KOMUGI GOLD Roti Hojicha Edisi Terhad

August 5, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sunshine Bakeries kini hadir dengan satu lagi pilihan roti baharu iaitu Sunshine KOMUGI GOLD Roti Hojicha. Ia merupakan roti edisi terhad terbaharu dalam rangkaian KOMUGI GOLD yang diinspirasikan daripada teh hojicha Jepun.

Berbeza daripada teh hijau Jepun biasa, hojicha dihasilkan melalui proses pemanggangan daun teh pada suhu tinggi. Proses ini menghasilkan aroma panggang yang harum serta rasa yang lebih lembut, menjadikannya antara pilihan popular di Jepun.

Membawakan inspirasi tersebut, Sunshine Bakeries menggabungkan rasa hojicha ke dalam roti yang lembut dan gebu bagi memberikan pengalaman menikmati roti premium di rumah.

Sebagai produk ketiga dalam siri KOMUGI GOLD, roti ini dihasilkan menggunakan tepung gandum premium dari Jepun, hojicha asli, biji chia dan rai hitam.

Gabungan ramuan ini menghasilkan tekstur roti yang lembut dengan aroma hojicha panggang yang harum, manakala biji chia memberikan sedikit tekstur rangup pada setiap gigitan.

Bagi yang berminat, Sunshine KOMUGI GOLD Roti Hojicha edisi terhad mula dijual di rangkaian pasar raya utama dan kedai serbaneka sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd