3 Resipi Mudah Menggunakan Rangkaian Ayam Carik Ayam Brand

August 12, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Ayam Brand baru-baru ini telah memperkenalkan tiga perisa baharu untuk rangkaian Ayam Carik Ayam Brand iaitu Sos Teriyaki, Lada Hitam dan Sos Gochujang Korea Pedas.

Ketiga-tiga pilihan ini melengkapkan dua perisa sedia ada iaitu Mayones dan Cili Pedas, yang telah menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

Melalui kempen “Makan Lain Macam, Carik Menarik”, Ayam Brand ingin menunjukkan bahawa Ayam Carik bukan lagi sekadar inti sandwic atau wrap, sebaliknya boleh dijadikan ramuan utama dalam pelbagai hidangan harian seperti nasi, pasta, salad dan menu keluarga.

Untuk pengetahuan anda, Ayam Carik Ayam Brand dihasilkan menggunakan isi ayam yang disiat halus dan lembut.

Dengan ini, ia memudahkan penyediaan hidangan berkhasiat dalam masa yang singkat. Produk ini juga tidak mengandungi bahan pengawet tambahan kerana kesegarannya dikekalkan melalui proses pensterilan retort.

Resipi Donburi Ayam Carik Sos Teriyaki

Masa penyediaan: 10 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 2 orang

Bahan-bahan

  • 1 tin Ayam Carik Ayam Brand Sos Teriyaki (150g)
  • 2 cawan nasi Jepun bijirin pendek yang dimasak
  • 1 cawan brokoli
  • 1 biji telur
  • 1 batang daun bawang, dihiris

Cara penyediaan

  1. Sediakan telur onsen dengan merendam telur dalam air bersuhu 70°C selama kira-kira 40 minit atau gunakan telur onsen yang telah siap.
  2. Rebus brokoli selama dua hingga tiga minit dan buang air rebusan.
  3. Panaskan Ayam Carik Sos Teriyaki selama satu hingga dua minit.
  4. Letakkan nasi di dalam mangkuk, kemudian susunkan ayam dan brokoli di atasnya.
  5. Tambahkan telur onsen, daun bawang dan biji bijan sebelum dihidangkan.

Resipi Ayam Masak Lada Hitam

Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Hidangan: 2 hingga 3 orang

Bahan-bahan

  • 1 tin Ayam Carik Ayam Brand Lada Hitam (150g)
  • 1 tin Ayam Brand Stew Kacang Campur (425g)
  • 1 batang daun bawang, dihiris
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Panaskan Stew Kacang Campur selama tiga hingga empat minit.
  2. Masukkan Ayam Carik Lada Hitam dan masak lagi selama tiga hingga empat minit.
  3. Perasakan mengikut cita rasa.
  4. Taburkan daun bawang dan perahkan jus limau nipis.
  5. Hidangkan bersama nasi atau lempeng jagung nipis mengikut citarasa.

Resipi Bibimbap Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Hidangan: 2 orang

Bahan-bahan

  • 1 tin Ayam Carik Ayam Brand Sos Gochujang Korea Pedas (150g)
  • 2 cawan nasi bijirin pendek yang dimasak
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 batang lobak merah, dipotong halus
  • 1 batang timun
  • 1 cawan tauge
  • 4 hingga 5 biji cendawan shiitake, dihiris
  • 1 cawan bayam

Cara penyediaan

  1. Rebus tauge dan bayam, kemudian tumis lobak merah serta cendawan.
  2. Panaskan Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas selama satu hingga dua minit.
  3. Masukkan nasi ke dalam mangkuk bersama sedikit minyak bijan.
  4. Susunkan semua sayur mengikut warna dan letakkan Ayam Carik di bahagian tengah.
  5. Taburkan biji bijan, gaulkan sebelum dimakan dan hidangkan bersama sos gochujang jika mahu.

Untuk mendapatkannya, Ayam Carik Ayam Brand kini boleh didapati di pasar raya seluruh negara serta melalui kedai rasmi Ayam Brand di Shopee dan Lazada.

Untuk lebih banyak idea masakan, pengguna juga boleh mendapatkan pelbagai resipi menerusi laman web rasmi Ayam Brand.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd