Skechers Menampilkan Koleksi Pakaian Eksklusif Bersama DK, SEUNGKWAN Dan DINO Dari SEVENTEEN
Lina Rosli
Skechers Malaysia memperkenalkan koleksi pakaian eksklusif hasil kerjasama bersama tiga ahli kumpulan K-pop SEVENTEEN, iaitu DK, SEUNGKWAN dan DINO.
Koleksi SKECHERS X SEVENTEEN DK, SEUNGKWAN & DINO ini merupakan kolaborasi rekaan pakaian pertama antara Skechers dan ketiga-tiga duta jenama tersebut.
Menariknya, setiap rekaan dalam koleksi ini dihasilkan berdasarkan lakaran tangan asli oleh DK, SEUNGKWAN dan DINO, sekaligus memberi peluang kepada peminat memiliki pakaian yang diinspirasikan sendiri oleh idola mereka.

Koleksi uniseks ini merangkumi kemeja-T lengan pendek, pullover rajut dan jaket tenun yang menampilkan elemen rekaan unik setiap ahli.
Kemeja-T lengan pendek yang dijual pada harga RM149 diperbuat daripada fabrik campuran kapas dan poliester dengan potongan longgar untuk keselesaan harian. Setiap rekaan dibahagikan kepada tiga tema utama, iaitu Skechers’ LA Tribute, Sports dan Lifestyle.
Selain kemeja-T, Skechers turut menawarkan pullover uniseks yang dijual pada harga RM219. Diperbuat daripada 100% kapas, setiap pullover menggunakan karya seni yang sama seperti koleksi kemeja-T dan didatangkan dalam warna pilihan ahli SEVENTEEN.

Jaket tenun uniseks pula dijual pada harga RM399. Diperbuat daripada fabrik poliester ringan, jaket ini menggabungkan elemen rekaan ketiga-tiga ahli dalam satu rekaan, selain memaparkan nama mereka pada bahagian lengan. Fabrik yang digunakan turut dipilih agar sesuai dipakai dalam cuaca tropika seperti di Asia Tenggara.

Koleksi Skechers Hotshot Turut Diperkenalkan
Bersama pelancaran koleksi pakaian ini, Skechers turut memperkenalkan semula koleksi Court Classics Hotshot yang menawarkan tiga pilihan untuk lelaki dan dua pilihan untuk wanita.
Kasut Skechers Hands Free Slip-ins: Hotshot – Relegate menampilkan bahagian atas daripada kulit dan suede, dilengkapi teknologi Hands Free Slip-ins, Heel Pillow serta tapak dalam Air-Cooled Memory Foam untuk memberikan keselesaan sepanjang hari.

Set Hadiah Edisi Terhad Untuk Peminat
Skechers turut menawarkan SKECHERS | SEVENTEEN Gift Set berharga RM459 yang merangkumi sepasang kasut Court Classics Hotshot – Relegate bersama empat tali kasut yang boleh ditukar.
Tiga daripadanya dihiasi ikon rekaan DK, SEUNGKWAN dan DINO yang menggambarkan minat masing-masing seperti piza dan besbol, kopi ais Americano dan bola tampar, serta dumbel dan kon ais krim. Satu lagi tali kasut menampilkan rekaan eksklusif Skechers.
Setiap pembelian Gift Set turut disertakan Photo Frame Charms Set edisi terhad yang menampilkan ketiga-tiga ahli SEVENTEEN, selagi stok masih ada.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM450 bagi koleksi SKECHERS | SEVENTEEN DK, SEUNGKWAN & DINO Apparel Collection juga layak menerima Photo Frame Charms Set yang sama sebagai hadiah.
Koleksi SKECHERS | SEVENTEEN DK, SEUNGKWAN & DINO Apparel Collection ditawarkan pada harga bermula RM149 dan boleh didapati di butik Skechers terpilih termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC dan The Exchange TRX.