KLFW 2026: Daia Dan FIZIWOO Raikan Fesyen Menerusi Penjagaan Fabrik
Lina Rosli
Secara umumnya, penjagaan pakaian penting untuk memastikan setiap helaian kekal bersih, lembut dan dalam keadaan baik walaupun selepas kerap dipakai.
Membawa idea tersebut ke pentas fesyen, Daia tampil sebagai Official Fabric Care Partner Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026. Kerjasama sulung ini menjadi langkah Daia untuk mengetengahkan kepentingan penjagaan pakaian sebagai sebahagian daripada perjalanan fesyen.

Daia menawarkan formulasi yang menggabungkan kuasa menanggalkan kotoran, perlindungan fabrik dan teknologi haruman. Formulanya direka untuk membersihkan pakaian dengan berkesan sambil membantu mengekalkan kelembutan, warna serta tekstur fabrik.
Dengan penjagaan yang betul, pakaian kegemaran bukan sahaja kekal bersih dan harum, malah boleh terus dipakai dan dinikmati untuk tempoh yang lebih lama.

Daia Dan FIZIWOO Memperkenalkan Mentorship Capsule
Bersempena kerjasama ini, Daia turut berganding dengan rumah fesyen tempatan FIZIWOO untuk memperkenalkan koleksi khas Mentorship Capsule yang diinspirasikan daripada mesej penjagaan lembut yang dibawa oleh Daia.

Menerusi koleksi ini, ia menampilkan elemen unik seperti warna, siluet, tekstur dan pergerakan yang diterjemahkan ke dalam rekaan yang lebih lembut dan elegan.
Dengan ini, ia menghasilkan rona lembut, bentuk yang anggun serta perincian minimalis, sekaligus memberikan gambaran awal sebelum koleksi FIZIWOO Afterlight Summer ’27 diperkenalkan.