Tealive Kini Melancarkan Minuman Dalam Tin – Sparkling Prebiotic Tea Soda Dalam Empat Perisa Baharu
August 12, 2026
Makanan & Minuman
Lina Rosli
Tealive kini memperluas pilihan minumannya dengan memperkenalkan Tealive Sparkling Prebiotic Tea Soda, minuman berkarbonat yang menggabungkan teh, buah-buahan dan prebiotik dalam satu tin.
Menurut Tealive, Sparkling Prebiotic Tea Soda diperbuat daripada teh dan buah sebenar, serta mengandungi prebiotik yang menyokong kesihatan usus. Minuman ini juga bebas lemak dan hadir dalam pilihan rasa buah yang menyegarkan.


Bagi yang ingin mencuba, Tealive Sparkling Prebiotic Tea Soda hadir dalam empat pilihan perisa iaitu:
- Lychee Oolong Tea – gabungan teh oolong dengan rasa laici yang manis dan menyegarkan.
- Passion Fruit Pineapple Oolong Tea – menggabungkan rasa masam manis buah markisa dan nanas bersama teh oolong.
- White Peach White Tea – menampilkan rasa pic putih yang ringan bersama teh putih.
- Apple Lemon Oolong Tea – gabungan rasa epal dan lemon dengan teh oolong untuk rasa yang lebih segar.


Untuk mendapatkannya, Tealive Sparkling Prebiotic Tea Soda kini boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi Tealive serta beberapa cawangan 7-Eleven terpilih.