Gardenia Memperkenalkan Original Classic Supreme Baharu – Roti Lebih Tebal Dan Gebu
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari roti klasik Gardenia, baru-baru ini jenama ini hadir dengan penawaran produk baharu iaitu Gardenia Original Classic Supreme.
Berbeza dengan roti klasik sebelum ini, Gardenia Original Classic Supreme menawarkan tekstur yang lebih tebal, lembut dan gebu – sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Menurut Gardenia, penawaran roti baharu ini sesuai sama ada dinikmati begitu sahaja, disapu mentega dan jem atau dijadikan sarapan ringkas.
Dengan gabungan tekstur yang lembut dan rasa yang kaya, ia boleh menjadi pilihan mudah untuk sarapan, snek petang mahupun hidangan ringan ketika sibuk.

Bagi yang berminat, Gardenia Original Classic Supreme ini boleh dibeli di rangkaian kedai runcit dan pasar raya berdekatan anda pada harga bermula RM4.80.