Tebus 300 ZUS Points, Dapat Baucar RM3 Untuk Belanja Di Eco-Shop
Lina Rosli
Khusus untuk pengguna ZUS Coffee yang mempunyai mata ganjaran dalam aplikasi ZUS, kini anda boleh menebusnya untuk mendapatkan baucar diskaun Eco-Shop.
Menerusi promosi ini, pengguna hanya perlu menggunakan 300 ZUS points untuk mendapatkan baucar RM3 bagi pembelian di Eco-Shop.

Untuk menebus baucar, anda boleh pergi ke aplikasi ZUS dan pilih bahagian Rewards.
Kemudian, pilih ZUS x Eco-Shop voucher di bawah Partnership Rewards dan tebus menggunakan 300 mata.


Baucar yang ditebus boleh digunakan untuk pembelian minimum RM10 dengan sekurang-kurangnya dua produk ZUS.
Ketika membuat pembayaran, pengguna hanya perlu mengimbas baucar tersebut di kaunter untuk mendapatkan potongan RM3.
Jadi, jika anda mempunyai ZUS points yang masih tersimpan, ini boleh menjadi salah satu cara mudah untuk memanfaatkannya sebelum promosi berakhir pada 4 Oktober