FamilyMart x Oriental Kopi Bawa Kembali Rasa Kopitiam Dengan 6 Menu Baharu

August 20, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi anda yang merindui rasa makanan kopitiam yang dekat dengan kenangan zaman dahulu, FamilyMart kini membawakan pilihan baharu menerusi kolaborasi bersama Oriental Kopi.

Menerusi kempen Rasa Kopitiam Bestnya Local, kolaborasi ini mengetengahkan pelbagai hidangan dan pastri yang diinspirasikan daripada citarasa kopitiam tempatan.

Daripada hidangan utama yang mengenyangkan sehingga pilihan manis untuk dinikmati ketika minum petang, setiap menu membawa rasa yang cukup dekat dengan selera rakyat Malaysia.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah Mi Laksa Kari pada harga RM13.90 dan Nasi Ayam Hainan pada harga RM13.90.

Bagi yang gemarkan makanan manis pula, terdapat beberapa pilihan pastri seperti Pandan Kaya Mochi Bun pada harga RM4.90, Pandan Kaya Cheese Bun pada harga RM3.50 dan Royal Chocolate Crunchy Cream Bun pada harga RM5.30.

Selain itu, Crunchy Peanut Chocolate Sando turut ditawarkan pada harga RM7.50, menggabungkan rasa kacang dan coklat dalam pilihan yang sesuai untuk dinikmati sebagai snek.

Khusus untuk ahli MY FamilyMart, anda boleh menikmati 2X FamiPoints bagi setiap pembelian daripada rangkaian Rasa Kopitiam Bestnya Local.

Pelanggan yang membuat pembelian menu Rasa Kopitiam turut berpeluang mendapatkan sebatang pencungkil gigi Oriental Kopi secara percuma, tertakluk kepada stok yang masih ada. Tawaran ini dihadkan kepada satu pencungkil gigi bagi setiap transaksi.

Jadi, jika anda sedang mencari hidangan yang membawa kembali rasa dan suasana kopitiam klasik, kolaborasi FamilyMart x Oriental Kopi ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai untuk dicuba.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd