Secret Recipe Hadir Dengan Siri Kek Baharu Cookies & Cream Duo

August 21, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Secret Recipe kembali menambah pilihan pencuci mulutnya menerusi siri kek terbaharu, Cookies & Cream Duo.

Koleksi ini menampilkan dua variasi kek yang menggabungkan span lembut, krim serta biskut coklat untuk menghasilkan tekstur dan rasa yang lebih menarik.

Dua pilihan dalam siri ini hadir dengan saiz dan kombinasi bahan yang berbeza, sekaligus memberikan pilihan kepada peminat kek mengikut citarasa masing-masing.

Dark Cookies & Cream hadir dalam saiz kira-kira 6 inci dan menawarkan rasa coklat yang lebih kaya. Bahagian atas kek disaluti chocolate coating bersama titisan coklat, manakala bahagian tepinya dihiasi cookie crumbs.

Di dalamnya pula terdapat lapisan soft dacquoise sponge, cocoa sponge dan cookies cream yang memberikan gabungan tekstur lembut dan rasa coklat serta biskut dalam setiap gigitan.

Sementara itu, Cookies & Cream berukuran kira-kira 4.5 inci dengan kemasan cookies & cream topping serta taburan black cookie crumbs di bahagian atas.

Kek ini menggunakan lapisan black cocoa sponge yang digabungkan dengan cheese mousse with soft cookies dan vanilla custard cream. Gabungan tersebut memberikan rasa yang lebih berkrim dengan keseimbangan antara rasa manis dan sedikit rasa keju.

Kedua-dua pilihan dalam siri Cookies & Cream Duo kini boleh didapati di cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Selain memperkenalkan siri kek baharu ini, Secret Recipe turut menawarkan promosi khas Merdeka pada 31 Ogos 2026.

Pada hari tersebut, pelanggan boleh mendapatkan satu potong kek secara percuma apabila membuat pembelian dua potong kek, tertakluk kepada terma dan syarat.

Promosi ini sah untuk dine-in dan takeaway dari 12 tengah hari hingga 5 petang di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Malaysia, kecuali Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Promosi melibatkan semua kategori kek, kecuali brownies dan Chocolate Lava Cake, serta tertakluk kepada stok yang tersedia. Potongan kek percuma juga mestilah mempunyai nilai yang sama atau lebih rendah daripada kek yang dibeli.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd