UNIQLO Melancarkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2026, Gabungkan Gaya Moden Dan Fungsi Harian

August 21, 2026
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO memperkenalkan koleksi Fall/Winter 2026 yang mana mengambil inspirasi daripada kehidupan masyarakat di bandar, termasuk cara mereka bergerak, bekerja dan menjalani rutin harian.

Dengan tema “Inspired by the City, Designed for Life”, koleksi baharu ini mengetengahkan semula pakaian asas yang biasa dipakai setiap hari melalui potongan moden, pilihan warna baharu, material berbeza serta ciri yang lebih praktikal.

Pendekatan ini masih mengekalkan konsep LifeWear UNIQLO yang mengutamakan pakaian selesa, mudah dipadankan dan sesuai untuk pelbagai aktiviti.

Antara fokus utama koleksi Fall/Winter 2026 ialah pilihan pakaian luar seperti Casual Outerwear, PUFFTECH dan Seamless Down.

Untuk koleksi Casual Outerwear menampilkan pelbagai pilihan untuk dipakai secara berlapis, termasuk kot berpotongan santai, jaket gaya kemeja, pakaian berlapis dan blouson.

Sesetengah rekaan turut dilengkapi ciri kalis angin dan kalis air bagi memberikan perlindungan tambahan ketika cuaca berubah.

Untuk pilihan lebih ringan, PUFFTECH menawarkan kehangatan tanpa menambah beban pada pakaian. Koleksi ini hadir dengan fabrik yang menggunakan gentian halus yang membantu memerangkap udara untuk memberikan kehangatan.

Antara pilihan baharu ialah PUFFTECH Parka yang boleh dilipat dan mudah dibawa ketika keluar atau melancong.

Sementara itu, Seamless Down pula menggabungkan kehangatan dengan rekaan yang lebih kemas untuk kegunaan harian. Antara pilihan yang diketengahkan ialah Women’s Reversible Down Short Jacket dan Light Down Volume Jacket.

UNIQLO Kini Hadir Dengan Pilihan HEATTECH Yang Lebih Variasi

Untuk menghadapi cuaca lebih sejuk, UNIQLO turut memperluaskan pilihan HEATTECH dalam tiga tahap kehangatan iaitu Warm, Extra Warm dan Ultra Warm.

Selain pakaian dalam, rangkaian ini turut merangkumi aksesori seperti skarf dan sarung tangan menggunakan material HEATTECH, Cashmere serta Soufflé Yarn.

Bagi koleksi pakaian rajut pula, Cashmere dan Merino Wool menjadi antara material utama. Koleksi ini menampilkan warna seperti merah, biru dan coklat yang dipilih untuk melengkapkan karakter setiap material.

Selain material yang lembut dan selesa, beberapa rekaan baharu turut menampilkan tekstur berbeza seperti cashmere berbulu, kapas licin, Soufflé Yarn dan rajutan kabel berjalur besar.

Koleksi harian UNIQLO turut merangkumi pilihan Sweatshirts dan Bottoms yang dikemas kini dengan potongan serta rekaan baharu.

Untuk sweatshirt, UNIQLO memberikan penekanan kepada material yang lembut, tahan lama dan mudah dipakai dalam pelbagai keadaan, sama ada ketika berada di rumah, keluar bekerja atau melakukan aktiviti harian.

Antara rekaan baharu ialah Women’s Button-Up Sweat Pullover yang boleh dipakai sebagai lapisan tambahan.

Bagi seluar pula, koleksi ini memberi tumpuan kepada potongan Barrel, Jeans dan Culottes. Selain siluet EZY Barrel yang sudah popular, terdapat pilihan baharu seperti Slim Straight Jeans dan High-Rise Wide Jeans.

Tidak ketinggalan, koleksi Fleece turut diperluaskan dengan rekaan yang tidak lagi terhad kepada jaket atau pakaian luar. Untuk musim ini, UNIQLO memperkenalkan pilihan seperti half-zip, pullover, baju-T dan seluar fleece.

Rekaan ini memberikan kehangatan ringan dan lebih mudah digayakan untuk aktiviti harian. Perkembangan koleksi Fleece ini juga menunjukkan bagaimana material yang asalnya banyak digunakan untuk aktiviti luar kini boleh disesuaikan dengan gaya pemakaian harian.

Untuk koleksi wanita, UNIQLO turut memperkenalkan pendekatan baharu menerusi rangkaian Lounge & Underwear. Koleksi ini direka supaya pakaian dalam dan pakaian santai boleh dipakai dengan lebih fleksibel, termasuk ketika berada di rumah atau melakukan aktiviti santai di luar.

Pengenalan Koleksi Hijab Pertama UNIQLO Di Malaysia

Turut menjadi perhatian ialah koleksi Hijab pertama UNIQLO di Malaysia, yang menawarkan lebih banyak pilihan untuk wanita yang mengutamakan keselesaan dan gaya sopan dalam pemakaian harian.

Koleksi tersebut terdiri daripada AIRism UV Protection Hijab, Georgette Hijab dan Satin Hijab, dengan setiap pilihan mempunyai ciri dan kemasan yang berbeza untuk memenuhi keperluan serta acara yang berlainan.

Koleksi Fall/Winter 2026 ini turut dilengkapi beberapa koleksi kolaborasi UNIQLO seperti UNIQLO: C dan UNIQLO U, yang masing-masing menawarkan pendekatan tersendiri terhadap gaya harian moden.

Selain koleksi pakaian, UNIQLO turut mengetengahkan inisiatif kelestarian seperti RE.UNIQLO, iaitu usaha global yang memberikan hayat baharu kepada pakaian melalui penggunaan semula, pembaikan dan kitar semula.

Satu lagi inisiatif yang turut dipamerkan ialah PEACE FOR ALL, projek T-shirt amal global UNIQLO yang menyalurkan semua hasil jualan kepada organisasi antarabangsa yang membantu mereka yang terjejas akibat keganasan, diskriminasi, konflik bersenjata dan kemiskinan.

Secara keseluruhannya, koleksi Fall/Winter 2026 UNIQLO membawa pendekatan yang lebih praktikal terhadap pakaian harian. Daripada pakaian luar dan pakaian rajut kepada Fleece, HEATTECH, pakaian santai serta koleksi Hijab, setiap kategori direka untuk disesuaikan dengan pelbagai rutin dan gaya hidup.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi UNIQLO Fall/Winter 2026, anda boleh mengunjungi laman rasmi UNIQLO Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd