Domino’s Sambal Pizza Kembali – Menampilkan 3 Pilihan Perisa Iaitu Ayam, Udang Dan Bilis
Lina Rosli
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Domino’s Malaysia kembali dengan salah satu menu yang dekat dengan selera rakyat Malaysia, iaitu New & Improved Sambal Pizza.
Untuk versi terbaharu ini, Domino’s menampilkan rasa sambal yang lebih kuat dengan sentuhan umami yang lebih kaya serta rasa pedas yang lebih menyerlah.

Terdapat tiga pilihan dalam rangkaian ini yang boleh dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
- Pizza Sambal Bilis Rangup – menampilkan gabungan mozzarella, ikan bilis rangup dan tomato ceri.
- Pizza Sambal Ayam Bakar – menggabungkan mozzarella, ayam panggang, lada hijau, cili jeruk, bawang dan nanas.
- Pizza Sambal Udang Nanas – menampilkan udang, ikan bilis rangup, cili jeruk, bawang dan nanas bersama mozzarella.

Buat mereka yang ingin mencuba semula menu kegemaran ini dengan rasa yang diperbaharui, New & Improved Sambal Pizza boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja di cawangan Domino’s seluruh Malaysia.
Pelanggan boleh menikmatinya melalui pilihan dine-in, takeaway atau penghantaran, dengan tempahan boleh dibuat menerusi laman web Domino’s, aplikasi Domino’s atau di mana-mana cawangan Domino’s.