CHAGEE Melancarkan Seri Embun Vanilla Oolong Milk Tea Sempena Merdeka

August 26, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, CHAGEE Malaysia memperkenalkan Seri Embun Vanilla Oolong Milk Tea, minuman edisi terhad yang menggabungkan teh Wuyi Da Hong Pao dengan vanila Madagascar.

Untuk pengetahuan anda, siri ini diperkenalkan menerusi kempen bertemakan “Kraf” – yang mana Seri Embun diinspirasikan daripada keindahan kraf tangan tempatan yang menggabungkan pelbagai elemen menjadi sebuah hasil seni yang lengkap.

Nama Seri Embun pula mengambil inspirasi daripada keanggunan dan kesegaran embun pagi, selari dengan karakter minuman yang lembut dan seimbang.

Gabungan Teh Oolong Dan Vanila Madagascar

Seri Embun menampilkan gabungan dua profil rasa yang berbeza menerusi teh Wuyi Da Hong Pao dan vanila Madagascar.

Teh Wuyi Da Hong Pao memberikan aroma berunsur flora serta rasa teh yang lebih mendalam, manakala vanila Madagascar menambah sentuhan lembut dan berkrim dengan kemanisan berunsur karamel.

Gabungan kedua-duanya menghasilkan rasa yang seimbang, dengan karakter teh dan vanila yang saling melengkapi.

Hadir Dengan Cawan Dan Beg Bertemakan Merdeka

Selain minuman baharu, CHAGEE turut memperkenalkan koleksi edisi terhad sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Setiap pembelian Seri Embun akan disajikan dalam cawan dan beg bertemakan khas Merdeka, menjadikannya sebahagian daripada koleksi bermusim CHAGEE Malaysia.

Bermula 14 Ogos 2026, pelanggan yang membeli dua cawan bersaiz besar Seri Embun dalam satu resit juga akan menerima Sabun Mini Vanila secara percuma yang hadir dalam dua pilihan warna, selagi stok masih ada.

Bukan itu sahaja, sempena kempen Merdeka ini, CHAGEE turut menggabungkan tema kraf dengan permainan wau menerusi Layang-Layang Challenge di premis terpilih sehingga 30 Ogos 2026.

Pelanggan yang membeli dua cawan Seri Embun dan mendendangkan lagu bertemakan “terbang” kepada krew CHAGEE berpeluang menerima set layang-layang DIY secara percuma.

Peserta juga boleh menghias layang-layang tersebut dan memuat naik hasil seni mereka ke media sosial untuk berpeluang memenangi barangan eksklusif Merdeka daripada CHAGEE.

CHAGEE Sip & Soar Di Taman Metropolitan Kepong

Bagi yang ingin menikmati pengalaman Merdeka bersama CHAGEE, acara CHAGEE Sip & Soar berlangsung di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur dari 24 hingga 27 Ogos 2026, bermula jam 3 petang hingga 7.30 malam.

Pengunjung boleh menikmati Seri Embun, menyertai bengkel kraf layang-layang, mencuba Cabaran Kite Wind Challenge serta menghasilkan karya seni komuniti sepanjang acara berlangsung.

Ahli aplikasi CHAGEE juga boleh menikmati tawaran eksklusif sepanjang tempoh sambutan sehingga 31 Ogos 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti sempena Merdeka, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi CHAGEE Malaysia di Instagram, Facebook dan TikTok.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd