Skechers Viper Court Kembali Dengan Warna Baharu, Harga Bermula RM399

August 26, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Selepas melancarkan Skechers Viper Court Elite 2.0 dan Skechers Viper Court Rally pada April lalu, Skechers kini memperkenalkan pilihan warna baharu untuk koleksi Viper Court di Malaysia.

Menampilkan gabungan gaya dan prestasi, koleksi ini direka untuk kegunaan di gelanggang pickleball, paddle dan tenis, selain sesuai digayakan untuk aktiviti harian.

Dengan pilihan warna yang lebih menyerlah, koleksi terbaharu Viper Court merangkumi Skechers Relaxed Fit: Viper Court Rally, Skechers Hands Free Slip-ins Relaxed Fit: Viper Court Elite 2.0, Skechers Hands Free Slip-ins Relaxed Fit: Viper Court Reload serta Skechers Viper Court PRO 2.0.

Koleksi Viper Court menggabungkan beberapa teknologi keselesaan dan prestasi Skechers bagi menyokong pergerakan ketika bermain.

Antaranya ialah reka bentuk Relaxed Fit yang memberikan ruang lebih luas pada bahagian jari kaki dan hadapan kaki, serta Move Foam pada bahagian tapak dalam untuk memberikan kusyen yang lebih responsif.

Kasut dalam koleksi ini turut menggunakan tapak luar Goodyear Gold compound yang direka untuk memberikan cengkaman serta membantu pergerakan yang lebih terkawal di permukaan gelanggang.

Skechers Viper Court Rally – RM399

Skechers Relaxed Fit: Viper Court Rally hadir dengan reka bentuk bertali, bahagian atas menggunakan mesh bernafas serta lapisan kulit berlubang.

Reka bentuk tersebut turut dilengkapi quarter webbing untuk memberikan sokongan dan struktur tambahan, sekaligus menghasilkan rasa yang lebih ringan dan kemas ketika digunakan di gelanggang.

Skechers Viper Court Elite 2.0 – RM599

Bagi mereka yang mengutamakan kemudahan, Skechers Hands Free Slip-ins Relaxed Fit: Viper Court Elite 2.0 menggunakan teknologi Hands Free Slip-ins yang membolehkan kasut dipakai dengan lebih mudah tanpa perlu membongkok.

Ia turut dilengkapi Heel Pillow yang membantu memastikan kaki kekal pada kedudukan yang selesa.

Bahagian atas kasut menggunakan mesh atletik dengan TPU overlays serta tali boleh laras untuk memberikan sokongan dan kesesuaian yang lebih kemas.

Model ini turut menampilkan sistem tapak dalam Arch Fit yang diperakui podiatri, dibangunkan berdasarkan lebih 20 tahun data dan 120,000 imbasan kaki tanpa beban.

Kusyen ECO FLIGHT pula menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus bahan kitar semula.

Skechers Viper Court Reload – RM459

Bagi mereka yang mencari kasut yang mudah dipakai untuk kegunaan sepanjang hari, Skechers Hands Free Slip-ins Relaxed Fit: Viper Court Reload turut menggunakan teknologi Hands Free Slip-ins bersama Heel Pillow.

Sama seperti Skechers Viper Court Elite 2.0, model ini dilengkapi sistem tapak dalam Arch Fit – yang membezakannya adalah kusyen ULTRA FLIGHT yang ringan, serta reka bentuk Relaxed Fit untuk memberikan ruang tambahan pada bahagian jari kaki dan hadapan kaki.

Skechers Viper Court PRO 2.0 – RM599

Untuk pemain yang mengutamakan pergerakan pantas di gelanggang, Skechers Viper Court PRO 2.0 menampilkan bahagian atas mesh yang direka semula – selain turut dilengkapi lapisan sintetik pada bahagian tertentu serta pelindung getah pada bahagian hujung kasut untuk sokongan tambahan.

Dari segi keselesaan, model ini menggunakan sistem insole Arch Fit EVA dan kusyen ULTRA GO Foam untuk memberikan respons yang lebih baik ketika bermain.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi Skechers Viper Court terbaharu ini, ia ditawarkan pada harga bermula RM399.

Ia kini boleh didapati di beberapa cawangan Skechers terpilih termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, Sunway Pyramid dan The Exchange TRX.

Koleksi ini juga boleh dibeli secara atas talian melalui laman rasmi Skechers Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd