Honda City 2026 Kini Dibuka Untuk Tempahan, Tampil Lebih Sporty & Canggih
Lina Rosli
Honda Malaysia kini membuka tempahan untuk Honda City baharu, yang hadir dengan kemaskini dari segi reka bentuk, ciri teknologi dan fungsi untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa serta yakin.
Model sedan segmen-B ini menampilkan penampilan yang lebih sporty dan moden, selain mengekalkan ciri praktikal yang menjadikan Honda City sebagai antara pilihan popular untuk kegunaan harian.

Untuk pengetahuan anda, Honda City baharu ini menerima beberapa perubahan pada bahagian luar, terutama pada reka bentuk hadapan.
Ia kini menampilkan Integrated Headlight Design dengan bar lampu penuh di bahagian hadapan, memberikan penampilan yang lebih kemas dan tersendiri.

Reka bentuk muka hadapan turut diperbaharui dengan penambahan air curtains buat pertama kali pada model ini. Perubahan tersebut memberikan penampilan yang lebih lebar dan dinamik.
Bahagian belakang pula menerima kemasan lebih sporty yang masih mengekalkan bentuk Honda City yang dikenali sebelum ini.
Untuk varian RS, penampilan sporty diperkukuhkan dengan rim aloi 16 inci baharu dengan kemasan dua tona Berlina Black dan Dark Clear.

Bukan itu sahaja, semua varian kini dilengkapi Blind Spot Information dengan Cross Traffic Monitoring System, yang memberikan amaran apabila kenderaanBuk dikesan di kawasan titik buta atau ketika terdapat kenderaan melintasi bahagian belakang.
Sementara itu, Honda City e:HEV RS menerima beberapa ciri tambahan termasuk skrin Display Audio 10 inci, serta Multi-View Camera System dengan pandangan 360 darjah.
Kamera ini memberikan pandangan lebih menyeluruh di sekeliling kenderaan, terutama ketika meletakkan kereta atau bergerak di ruang yang sempit.


Menampilkan Pilihan Enjin Petrol Dan Hibrid
Honda City baharu masih ditawarkan dengan pilihan sistem kuasa petrol dan hibrid.
Bagi Honda City e:HEV, ia menggunakan sistem hibrid 1.5L yang dipadankan dengan Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT).
Sistem ini menghasilkan sehingga 109 PS dan 253 Nm tork daripada motor elektrik. Ia turut mempunyai mod pemanduan EV, Hybrid dan Engine yang berfungsi secara automatik mengikut keadaan pemanduan.
Bagi pilihan petrol pula, enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi CVT menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork.
Gabungan ini direka untuk memberikan pecutan yang lancar serta prestasi yang sesuai untuk kegunaan harian, sama ada ketika memandu dalam kesesakan bandar atau perjalanan lebih jauh.

Honda SENSING Ditawarkan Untuk Semua Varian
Dari aspek keselamatan, Honda SENSING terus ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian Honda City baharu.
Antara sistem bantuan pemanduan yang tersedia ialah:
- Lane Departure Warning (LDW)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Auto High Beam (AHB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Low Speed Follow (LSF)
- Lead Car Departure Notification (LCDN)
Gabungan ciri ini membantu memberikan sokongan tambahan kepada pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan.
Tempahan Awal Dapat Ganjaran RM3,000
Sempena pembukaan tempahan Honda City baharu, Honda Malaysia turut menawarkan tawaran pembelian terawal dengan rebat sebanyak RM3,000 kepada pelanggan yang membuat tempahan dari 27 Ogos hingga 30 September 2026.

Bagi yang berminat, Honda City baharu kini boleh ditempah secara dalam talian melalui laman tempahan Honda Malaysia atau di mana-mana pengedar Honda sah di seluruh negara.