Yobe Malaysia Buka Cawangan Kelima, Tampil Dengan Konsep Yobe Crafted Di BBCC

August 28, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jenama frozen yogurt tempatan Yobe Malaysia terus mengembangkan perniagaannya dengan pembukaan Yobe Crafted di Tuah 1895 BBCC, Kuala Lumpur.

Cawangan baharu ini merupakan cawangan kelima Yobe Malaysia dalam tempoh empat bulan, sekaligus menunjukkan perkembangan positif jenama tempatan tersebut dalam pasaran yogurt beku dan pencuci mulut di Malaysia.

Dan apa yang menarik, Yobe Malaysia turut merancang untuk membuka tujuh lagi cawangan menjelang penghujung 2026, dengan rangkaian perniagaan yang merangkumi konsep Yobe Crafted, Yobe Mini Vending dan Yobe Crafted Flagship.

Tampil dengan konsep “Pure Happiness in Every Swirl”, Yobe Crafted menawarkan pilihan yogurt beku dan pencuci mulut yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Selain pilihan yogurt beku, pelanggan juga boleh memilih pelbagai topping mengikut citarasa masing-masing. Konsep ini memberi ruang kepada pelanggan untuk menghasilkan hidangan yang lebih peribadi berdasarkan saiz dan pilihan topping yang diingini.

Bagi yang ingin mencuba, Yobe Malaysia turut menawarkan Yobe Hour setiap hari dengan diskaun sehingga 50%.

Promosi ini berlangsung pada 1 petang hingga 4 petang, serta 4 petang hingga 9.30 malam di semua cawangan.

Antara harga yang ditawarkan ialah:

  • Frozen Yogurt: Bermula RM6.90
  • Saiz kecil + 1 topping: Bermula RM9.90
  • Saiz sederhana + 3 topping: Bermula RM15.90
  • Saiz besar + 3 topping: Bermula RM18.90
  • Australia Milk Plain Swirl: Bermula RM9.90 untuk saiz sederhana dan RM14.90 untuk saiz besar
  • Topping tambahan: RM3

ALPHA Dilantik Sebagai Duta Jenama

Dalam perkembangan lain, Yobe Malaysia turut memperkenalkan kumpulan lelaki tempatan ALPHA sebagai duta jenama rasmi pertama.

Kerjasama ini turut menawarkan pengalaman khas untuk peminat, termasuk program Yobe Stamp & Collect dengan photocard ALPHA, blind box Yobe Crafted serta barangan edisi terhad.

Maklumat lanjut mengenai Yobe Malaysia dan promosi terkini boleh didapati di laman rasmi Yobe Malaysia atau Instagram rasmi @yobemalaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd