Pengalaman Menggunakan REDMI Note 17 Pro Max 5G: Dari Kerja, Ambil Gambar Hingga Tonton Lewah Drama
Lina Rosli
Dalam dunia hari ini, telefon pintar sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita. Bagi saya sendiri, telefon memang sentiasa ada dalam beg atau tangan.
Kadangkala, masa menikmati kopi di kafe turut dimanfaatkan untuk mengambil gambar dan menghasilkan kandungan. Pada hujung minggu pula, telefon ini masih menjadi sebahagian daripada rutin harian, sama ada untuk mengemas kini posting di media sosial atau berehat pada waktu malam sambil menonton drama.

Untuk saya yang segala-galanya berpaksikan telefon pintar—bermula dari bangun tidur hingga ke tengah malam, perkara paling penting pada sebuah telefon bukan sekadar reka bentuknya.
Tetapi merangkumi bateri yang tahan lama, kamera yang bagus dan binaannya pula mestilah cukup lasak untuk mengikuti rutin harian.

Jadi, apabila diberi peluang mencuba REDMI Note 17 Pro Max 5G, saya memilih untuk menggunakannya sepanjang hujung minggu tanpa membawa powerbank.
Saya mahu melihat sendiri sejauh mana bateri 10,000mAh pada telefon ini mampu mengikuti rutin saya — daripada mengambil gambar dan merakam video, menyunting video untuk dimuat-naik dalam media sosial, sehinggalah sewaktu berehat sambil menonton drama pada waktu malam.

Bateri 10,000mAh Untuk Penggunaan Seharian Tanpa Powerbank
Bagi saya, bateri merupakan antara perkara paling penting pada sebuah telefon pintar. Lebih-lebih lagi apabila keluar seharian.
Sebelum ini, saya biasanya akan pastikan powerbank ada dalam beg kerana penggunaan kamera, merakam video dan media sosial, terutama ketika berada di luar dalam cuaca panas, boleh membuatkan bateri cepat berkurang.


Dan nampaknya, pengalaman hujung minggu bersama REDMI Note 17 Pro Max 5G terasa sedikit berbeza.
Peranti ini dilengkapi bateri Silicon-Carbon berkapasiti 10,000mAh, yang merupakan kapasiti besar untuk sebuah telefon pintar dan menjadi antara ciri utama yang ditawarkan.


Sepanjang hujung minggu, saya menggunakannya untuk mengambil gambar, merakam beberapa video pendek, membalas e-mel dan mesej, menyemak media sosial serta menonton drama pada waktu lapang.
Biasanya, aktiviti sebegini membuatkan saya mula mencari soket atau mengeluarkan powerbank sebelum hari berakhir.
Tetapi kali ini, kapasiti bateri dilihat tahan lebih lama.

Bagi saya, inilah perkara paling menarik tentang bateri 10,000mAh. Ia bukan sekadar tentang kapasiti yang besar, tetapi memberikan rasa lebih tenang apabila menggunakan telefon tanpa perlu sentiasa memeriksa baki bateri.

Prestasi Kamera Untuk Rakaman Gambar
Jika anda tanya saya, pastilah hujung minggu bagi saya tidak akan lengkap tanpa memuat-naik apa-apa aktiviti menarik saya di media sosial.
Oleh itu, apabila sudah berada di luar, telefon secara automatik bertukar menjadi kamera. Ada sahaja benda yang ingin dirakam— daripada suasana kafe, makanan dan kopi sehinggalah gambar OOTD.

REDMI Note 17 Pro Max 5G dilengkapi 50MP Ultra Clear Camera, bersama kamera 8MP sudut lebar serta kamera hadapan 32MP.
Untuk kegunaan harian, kombinasi ini memberikan fleksibiliti yang saya perlukan.



Kamera utama digunakan untuk mengambil gambar dengan perincian yang jelas, manakala kamera ultra lebar lebih sesuai apabila ingin mendapatkan gambaran kawasan yang lebih luas.




Kamera hadapan pula boleh digunakan untuk swafoto atau ketika perlu tampil di hadapan kamera sewaktu merakam vlog.

Saya turut menggunakan kamera untuk merakam beberapa video pendek sepanjang berada di luar.
Berdasarkan pengalaman menggunakan REDMI Note 17 Pro Max 5G, saya mendapati bahawa keperluan untuk membawa kamera tambahan tidak lagi begitu penting.
Dari segi penghasilan warna dan ciri kamera yang ditawarkan, telefon ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan saya dalam mengambil gambar dan merakam video dalam pelbagai situasi.


Rakaman Video Untuk Kandungan Hujung Minggu
Selain mengambil gambar, saya turut menggunakan REDMI Note 17 Pro Max 5G untuk merakam beberapa video pendek sepanjang hujung minggu.
Antaranya termasuk rakaman suasana di kafe, aktiviti harian dan beberapa video yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan kandungan.
Jadi, adakah hasil rakaman gambar dan video daripada peranti ini sama? Jawapannya, cukup memuaskan. Ia menampilkan warna yang kelihatan konsisten, namun terdapat sedikit perbezaan dari segi tona dan pencahayaan apabila beralih daripada mod gambar kepada rakaman video.

Bercakap mengenai penggunaan bateri pula, aktiviti merakam gambar dan video sepanjang hari sememangnya antara perkara yang boleh menggunakan lebih banyak tenaga, terutama apabila saya perlu mengambil beberapa rakaman untuk menghasilkan kandungan.
Ditambah pula dengan proses suntingan, sudah tentu peranti ini akan menyusutkan penggunaan bateri.
Namun, jangkaan saya meleset. Walaupun saya menggunakan aplikasi CapCut untuk membuat suntingan, kapasiti penggunaan bateri yang digunakan adalah tidak begitu terjejas.


Mungkin ini disebabkan oleh penawaran bateri yang besar, REDMI Note 17 Pro Max 5G masih memberikan ketahanan yang baik untuk kegunaan sepanjang hari.
Tonton Drama Kegemaran Tanpa Kerisauan
Selepas selesai urusan kerja dan kembali ke rumah, telefon ini pula menjadi teman untuk berehat.
Salah satu aktiviti saya pada hujung minggu haruslah menonton C-drama dan K-drama baharu di platform penstriman.
Dengan skrin 6.83 inci 1.5K AMOLED, pengalaman menonton terasa lebih selesa, terutama apabila menonton dalam tempoh yang agak lama.

Bukan itu sahaja, dari segi audio pula, peranti ini dilengkapi dwi-pembesar suara dengan fungsi 400% Volume Boost.
Apa yang menarik, aktiviti menonton drama ini turut menjadi sebahagian daripada ujian bateri secara tidak langsung.

Selepas digunakan untuk melakukan pelbagai tugasan sepanjang hari, saya masih boleh menggunakan telefon untuk hiburan pada waktu malam tanpa terlalu risau bateri akan habis sebelum episod selesai.
Bagi saya, ini yang menjadikan kapasiti bateri besar lebih bermakna dalam penggunaan sebenar.
Telefon bukan hanya digunakan ketika bekerja, tetapi turut digunakan ketika berehat.

Peranti Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif
Satu lagi perkara yang saya hargai ialah ketahanannya. Sebagai seseorang yang banyak bergerak, telefon bukan sentiasa berada di atas meja.
Ada masa ia dimasukkan ke dalam beg bersama kunci, dompet dan pelbagai barang lain. Ada masa pula telefon diletakkan di atas meja kafe, di dalam kereta atau dipegang ketika berjalan.
Sebab itu, binaan yang tahan lasak memberikan sedikit ketenangan.

REDMI Note 17 Pro Max 5G hadir dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 dan diperakui melalui TÜV SÜD 5-star Titan Quality, yang merangkumi aspek ketahanan bateri, air dan kejatuhan.
Peranti ini juga mempunyai perlindungan IP66, IP68, IP69 dan IP69K, termasuk ketahanan terhadap semburan air bertekanan tinggi serta keadaan tertentu yang melibatkan suhu tinggi.

Pengecasan 100W HyperCharge
Menurut Xiaomi, peranti ini hadir dengan pengecasan 100W HyperCharge yang mana ia mengambil masa sekitar 20 minit sudah mencukupi untuk memberikan tenaga bagi penggunaan sepanjang hari.
Jadi, sekiranya perlu keluar semula dalam masa singkat dan bateri sudah berkurangan, tidak semestinya perlu menunggu terlalu lama.

Lebih menarik, unit pasaran Malaysia hadir bersama adapter pengecas di dalam kotak.
Selain itu, terdapat juga sokongan 27W Wired Reverse Charging, yang membolehkan REDMI Note 17 Pro Max 5G digunakan seakan-akan powerbank untuk mengecas peranti lain menggunakan kabel.

Bagi saya, fungsi ini lebih praktikal apabila berada di luar bersama rakan atau ketika fon telinga memerlukan sedikit tenaga tambahan.
Dan ya, ironinya telefon yang saya gunakan untuk menguji pengalaman tanpa powerbank ini sebenarnya boleh bertindak sebagai powerbank juga.

Jaminan Kemaskini Sistem Operasi Dan Keselamatan
Selain spesifikasi perkakasan, aspek sokongan selepas jualan juga menjadi sesuatu yang menarik perhatian.
REDMI Note 17 Pro Max 5G menyokong sehingga 4 tahun kemas kini sistem operasi Android serta 6 tahun kemas kini keselamatan.

Bateri pula direka untuk bertahan lebih daripada 1,600 kitaran pengecasan sambil mengekalkan kesihatan bateri pada tahap lebih 80%, dengan jangka hayat sehingga sekitar enam tahun.
Xiaomi turut menawarkan perlindungan waranti yang agak menyeluruh, termasuk waranti bateri selama 5 tahun, perlindungan skrin selama 3 tahun, waranti kerosakan cecair selama 2 tahun, waranti penutup belakang selama 2 tahun serta waranti kualiti umum selama 2 tahun.

Bagi saya, tawaran seperti ini menjadikan peranti lebih meyakinkan untuk mereka yang mencari telefon bagi kegunaan jangka panjang.
Selepas menggunakan REDMI Note 17 Pro Max 5G sepanjang hujung minggu, perkara yang paling saya hargai bukanlah satu ciri tertentu, tetapi bagaimana keseluruhan peranti ini menyokong rutin harian.

Saya boleh keluar mencari kopi, mengambil gambar, merakam video, menghadiri mesyuarat dalam talian, membalas mesej, menyemak e-mel dan menonton drama pada waktu malam tanpa perlu membawa powerbank sebagai langkah berjaga-jaga.
Dan bagi saya, itulah nilai sebenar sebuah telefon pintar.
Penafian: Artikel ini adalah advertorial dari Xiaomi Malaysia.