#TAJ Deko- 5 Kesalahan Yang Sering Anda Lakukan Ketika Menjaga Pokok Kaktus

Walaupun ia mungkin mencabar untuk menanam tumbuh-tumbuhan di dalam rumah, namun masih terdapat banyak pilihan untuk anda lakukan dekorasi rumah dengan tumbuhan yang lebih senang untuk dijaga seperti kaktus. 

Biasa kita lihat orang akan meletakkan pokok kaktus sebagai hiasan di dalam rumah atau di mana-mana sahaja. Ada juga yang berpendapat bahawa penjagaan pokok kaktus ini adalah mudah. Namun, tahukah anda terdapat beberapa kesalahan biasa yang sering anda lakukan? Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi perkara yang anda perlu tahu semasa menjaga kaktus.

assorted succulents in clay pots

Overwatering’ Dan ‘Underwatering’

Terlebih siram atau overwatering adalah salah satu kesalahan yang paling biasa orang lakukan. Jika tanah dalam bekas terlebih air, ia akan menyebabkan kaktus tidak akan tumbuh, atau pertumbuhan akan berhenti dan akhirnya kaktus akan mati. Sekiranya bekas atau pasu terlalu besar atau tanahnya terlalu banyak ia akan menyerap terlalu banyak air dan ini akhirnya boleh menyebabkan akar menjadi reput.

Jika kaktus kekurangan air pula, ia akan menyebabkan pokok itu mengecut dan berkedut. Kaktus yang tidak mempunyai air yang cukup juga boleh menyebabkan warnanya menjadi lusuh atau pucat (biasanya menjadi coklat dan kering). Walaupun, kebanyakan orang berfikir kaktus tidak memerlukan banyak air, tetapi tidak bermakna anda tidak perlu menyiramnya. Sebagai contoh, pada bulan-bulan musim panas anda perlu menyiram kaktus setiap 2 minggu untuk memenuhi keperluan penyiraman kaktus anda.

Guna Saiz Pasu Yang Tidak Bersesuaian

Pastikan bekas atau pasu anda tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Hal ini kerana, bekas yang tidak bersesuaian akan menyekat pertumbuhan kaktus sekaligus mengakibatkan pokok anda layu dan mati. Secara teori, kaktus memerlukan ruang sekurang-kurangnya ¼ hingga 1-inci jarak di antara tumbuhan dan bekas. 

Jika bekas terlalu besar, ia akan menjadikan tanah itu lembap untuk tempoh masa yang lama yang mana ia tidak baik untuk pokok. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menggunakan bekas yang mempunyai lubang untuk air lebihan keluar dari dalam pasu. Dengan ini, tempoh untuk kekal dalam tanah juga akan menjadi lebih pendek.

Tidak Menyediakan Gabungan Tanah Yang Betul

Kebiasaannya, orang lebih gemar untuk tidak menyalin bekas dan terus meletakkan kaktus yang dibeli sebagai hiasan. Kebanyakkan kedai pokok telah menanam kaktus pada masa yang lama yang mana ia mengakibatkan saluran air dalam tanah menjadi lebih mampat dan sukar untuk dilalui. Oleh itu, anda  perlu anda perlu menggemburkan semula tanah yang ada sebelum diletakkan sebagai hiasan. Dengan ini, gabungan tanah dapat membentuk asas yang lebih baik untuk akar kaktus daripada tanah biasa. Bukan itu sahaja, gabungan tanah ini juga dapat membantu penanaman yang betul untuk tumbuhan kaktus mempunyai saliran yang baik dan akan kering dengan cepat selepas menyiram.

flat lay photo of succulent plant

Satu perkara yang lebih penting untuk diingat semasa menanam kaktus adalah untuk menambah lapisan saliran di bahagian bawah bekas. Menambah lapisan saliran membolehkan air yang berlebihan keluar dari tanah lebih cepat dan jauh dari akar sebelum mereka boleh rosak.

Cahaya Matahari Yang Tinggi

‘Semakin banyak cahaya & suhu yang lebih tinggi – Lebih baik untuk tumbuhan’ adalah mitos berkenaan penjagaan kaktus. Cahaya matahari dan suhu yang sangat tinggi adalah tidak baik untuk kaktus. Suhu ideal untuk mengekalkan dan menyegarkan pertumbuhan adalah 15⁰ hingga 30⁰ Celcius. Suhu di luar seperti di bawah sinar matahari boleh menyebabkan kemudaratan kepada kaktus.

Menempatkan Semua Kaktus Dalam Satu Bekas

Elakkan daripada menempatkan kesemua jenis kaktus dalam satu bekas. Hal ini kerana, apabila anda menempatkan mereka dalam satu bekas, ia akan mempercepatkan dan mendorong serangan serangga dengan lebih mudah.

Isu kedua adalah, ia akan meningkatkan persaingan untuk mendapatkan air dalam bekas. Apabila anda menempatkan mereka dalam satu bekas, setiap pokok kaktus terpaksa bersaing sekaligus menyebabkan ada pokok yang tidak dapat jumlah air yang mencukupi.

Kesimpulan

Jadi, itu sahaja perkongsian ringkas dari Tajria hari ini berkenaan dekorasi rumah anda. Di sini kita telah menyenaraikan 5 perkara penting untuk penjagaan kaktus. Apabila anda ingin menjaga kaktus, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kadar survival mereka: cahaya, air dan suhu. Oleh itu, kenali pokok anda untuk ketahanan yang lebih lama.