CHAGEE x The Little Prince Tampil Dengan Siri Matcha Edisi Terhad

September 4, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Peminat The Little Prince dan minuman matcha kini boleh menikmati kolaborasi istimewa menerusi CHAGEE x The Little Prince, yang menggabungkan minuman, barangan eksklusif serta pengalaman bertemakan kisah klasik tersebut.

Bermula 4 September 2026, kolaborasi ini menampilkan siri minuman matcha edisi terhad yang diinspirasikan oleh mesej The Little Prince tentang kesederhanaan, persahabatan dan menghargai perkara kecil dalam kehidupan.

Antara tarikan utama ialah Lime Cheese Matcha Latte (RM14.90), minuman baharu yang menggabungkan rasa matcha dengan limau yang menyegarkan serta lapisan keju berkrim.

Selain itu, CHAGEE turut hadir dengan beberapa pilihan minuman untuk dicuba termasuklah:

  • Jasmine Matcha Pure Tea menggabungkan matcha dengan teh hijau melur, menghasilkan rasa yang lembut dengan aroma bunga yang melengkapkan rasa semula jadi matcha. Ia boleh dinikmati secara panas atau sejuk pada harga RM11.90.
  • Lime Cheese Matcha Latte with Cap menawarkan versi yang lebih berlapis dengan tambahan cheese cap yang lembut dan berkrim. Ia juga disajikan sejuk pada harga RM16.90.

Kedua-dua minuman Lime Cheese Matcha Latte ini merupakan pilihan edisi terhad.

Hadiah Eksklusif Bertemakan The Little Prince

Selain minuman, CHAGEE turut memperkenalkan beberapa barangan eksklusif yang menampilkan elemen daripada dunia The Little Prince.

Setiap pembelian minuman matcha akan menerima Little Card secara percuma, dengan enam reka bentuk yang diberikan secara rawak.

Pelanggan juga boleh mendapatkan The Crown Headband atau The Fox Sleep Mask apabila membeli dua minuman terpilih daripada siri baharu, dengan harga bundle bermula RM23.80.

Bagi pembelian melalui aplikasi CHAGEE, terdapat beberapa barangan tambahan seperti:

  • Stardust Tote Bag bermula RM39.90
  • Green Wonder Tumbler bermula RM89.90
  • Stardust Toiletry Bag bermula RM43.90
  • Stardust Luggage Tag bermula RM24.90
  • Stardust Tumbler Bundle bermula RM120.90

Beberapa barangan seperti The Fox Sleep Mask dan Stardust Toiletry Bag pula hanya tersedia mulai 11 September 2026.

Semua barangan adalah terhad kepada satu unit bagi setiap resit dan setiap pelanggan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi yang berminat, CHAGEE x The Little Prince Matcha Series boleh didapati di semua cawangan CHAGEE di Malaysia mulai 4 September 2026 – manakala barangan eksklusif tersedia melalui pembelian di kedai atau aplikasi CHAGEE, bergantung pada jenis produk.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd