Foodpanda Bekerjsama dengan CHAGEE x The Little Prince Menerusi Siri Minuman terhad Matcha
Bat
Foodpanda bekerjasama dengan CHAGEE menerusi kolaborasi bertemakan The Little Prince sepanjang bulan September ini, membawakan siri minuman matcha terbaharu yang boleh ditempah terus melalui platform foodpanda.

Menerusi kerjasama ini, peminat CHAGEE dan The Little Prince boleh menikmati pilihan minuman terbaharu serta mendapatkan pelbagai promosi, ganjaran dan pengalaman istimewa yang ditawarkan sepanjang bulan September.
Antara minuman CHAGEE yang boleh ditempah menerusi foodpanda termasuk:
- Lime Cheese Matcha Latte
- Lime Cheese Matcha Latte with Cap
- Signature Matcha Latte
- Jasmine Matcha Pure Tea



Selain perkhidmatan penghantaran, foodpanda juga menjalankan beberapa promosi sepanjang bulan september ini, di mana – bermula 4 September, pelanggan boleh mendapatkan siri minuman matcha baharu CHAGEE menerusi perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sendiri di foodpanda.
Dari 4 hingga 10 September pula, pelanggan berpeluang memenangi barangan edisi terhad CHAGEE serta hadiah utama seperti syiling emas dan iPad menerusi aktiviti dalam aplikasi foodpanda.
Seterusnya, dari 7 hingga 16 September, pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambahan 10% untuk The Little Prince Bundles, yang boleh digabungkan dengan baucar SYOK bagi pesanan bernilai RM35 dan ke atas.

Tidak terhad kepada promosi dalam aplikasi, foodpanda turut akan mengadakan aktiviti interaktif di beberapa lokasi menerusi kedai interaktif dan trak bergerak yang menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik.
Tambahan pula, setiap perbelanjaan sebanyak RM50 untuk CHAGEE menerusi foodpanda dari 4 hingga 30 September ini akan melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi sebuah iPhone.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi, kunjungi laman rasmi foodpanda di Instagram dan laman rasmi foodpanda www.foodpanda.com