Sam Edelman Kini Hadir Di Pulau Pinang Dengan Butik Baharu Di Gurney Plaza

September 7, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Sam Edelman kini melebarkan langkahnya ke utara Malaysia dengan pembukaan butik pertamanya di Pulau Pinang.

Bagi yang tidak mengetahui, lokasi butik Sam Edelman ini terletak di Gurney Plaza. Ia menampilkan butik seluas 1,056 kaki persegi ini menjadi butik ketiga Sam Edelman di Malaysia dalam tempoh setahun selepas jenama tersebut diperkenalkan di pasaran tempatan pada September 2025.

Pembukaan ini juga menandakan butik kendiri pertama Sam Edelman di luar Lembah Klang, sekaligus membawa koleksi kasut dan aksesori dengan gaya moden serta feminin lebih dekat kepada peminat fesyen di utara Malaysia.

Sebelum ini, Sam Edelman memulakan kehadirannya di The Gardens Mall pada September 2025, diikuti kaunter dalam kedai di SEIBU, The Exchange TRX pada November 2025. Jenama ini kemudiannya mengadakan pop-up di Suria KLCC dan membuka butik keduanya di Sunway Pyramid pada Disember tahun yang sama.

Bersama pembukaan butik di Pulau Pinang, Sam Edelman turut memperkenalkan koleksi Fall/Winter 2026, She’s a Lady.

Koleksi ini mengetengahkan sisi feminin moden melalui tiga tema utama iaitu Maximalist, Modern Boho dan Sharp Tailoring.

Bagi tema Maximalist, rekaan lebih berani ditampilkan menerusi perincian hiasan, tekstur yang menyerlah dan bentuk yang lebih dramatik.

Modern Boho pula menggabungkan elemen gaya bebas dengan sentuhan yang lebih kemas.

Koleksi ini menampilkan penggunaan material seperti suede lembut dan fabrik ringan bersama siluet yang mudah digayakan.

Sementara itu, Sharp Tailoring mengambil inspirasi daripada gaya berpakaian formal klasik dengan potongan berstruktur, corak kotak-kotak dan tekstur yang lebih mewah.

Antara kasut yang diketengahkan dalam koleksi ini termasuk Alie, Deena, Margeaux, Lucille, Evara, Ruthie, Betsey, Vienna dan Hazel, dengan harga bermula sekitar RM609 hingga RM759 bagi model yang ditampilkan.

Bagi anda yang ingin berkunjung, butik Sam Edelman di Gurney Plaza terletak di aras G, Lot 170-G-23A/25.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd