IN2IT Raikan 25 Tahun Di Malaysia, Tampilkan Koleksi Produk Kecantikan Baharu
Lina Rosli
Tahukah anda bahawa produk kecantikan IN2IT kini sudah meraikan ulang tahun mereka yang ke-25 di Malaysia?
Bagi yang tidak mengetahui, IN2IT merupakan sebuah jenama kosmetik milik Asia Pacific Cosmetics Corporation, Thailand (APCC) dan mula diperkenalkan di Malaysia oleh AP Cosmetics Corporation Sdn Bhd pada tahun 2000 – kini boleh didapati di lebih 1,000 cawangan rangkaian kesihatan dan kecantikan di Malaysia termasuk Watsons, Guardian, AEON Wellness, Don Don Donki, Miniso dan Wow Beauty.
Dengan fokus kepada keyakinan diri, kreativiti dan ekspresi diri, IN2IT menawarkan produk kecantikan yang mengikut trend tetapi masih mudah digunakan untuk pelbagai gaya.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini, IN2IT hadir dengan satu kempen yang bertemakan “Beauty and Love” – menerusinya, jenama ini memperkenalkan semula beberapa produk kecantikan yang menjadi pilihan pengguna.
Antaranya ialah Moisture Bomb Lipstick, pilihan untuk mereka yang mahukan warna bibir dengan rasa lebih lembap dan selesa digunakan setiap hari.
Bukan itu sahaja, IN2IT turut menampilkan Airblur Matte Lipstick bagi peminat kemasan bibir matte dan juga Cica Glow Sunscreen SPF50+ PA+++ yang menawarkan perlindungan matahari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan harian.


Bagi melengkapkan sambutan 25 tahun ini, IN2IT turut menyediakan 25th Anniversary Sets yang menampilkan pilihan produk khas sempena ulang tahun tersebut.
Untuk anda yang ingin mendapatkannya, kesemua produk ini boleh diterokai dan dicuba di acara IN2IT “Beauty and Love” yang berlangsung dari 22 hingga 27 September 2026 di Orange Concourse, Sunway Pyramid.
Akhir sekali, sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Hendery daripada NCT WayV di Sunway Pyramid pada 26 September 2026.