Kulit Sensitif? Ini Tabiat Harian Yang Boleh Merosakkan Lapisan Pelindung Kulit
Lina Rosli
Kulit yang kelihatan sihat bukan hanya bergantung pada produk penjagaan kulit yang digunakan, tetapi juga keadaan lapisan pelindung kulit.
Hal ini kerana, lapisan ini membantu mengekalkan kelembapan dan menjadi perlindungan pertama kulit daripada faktor luaran seperti pencemaran, sinaran ultraungu (UV) dan perubahan cuaca.
Tanpa disedari, beberapa tabiat dalam rutin harian boleh menjejaskan fungsi lapisan tersebut.

Ini termasuklah mencuci muka terlalu kerap, melakukan eksfoliasi berlebihan atau menggunakan terlalu banyak produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan dan lebih sensitif.
Menurut SensaV, penjagaan kulit sensitif seharusnya tidak bergantung kepada rutin yang terlalu kompleks. Sebaliknya, penggunaan produk yang minimum dan pemilihan bahan yang sesuai boleh membantu mewujudkan rutin penjagaan yang lebih lembut dan konsisten.
Antara perkara yang boleh diberi perhatian dalam rutin harian ialah penggunaan air ketika mandi. Walaupun mandi dengan air panas boleh memberikan rasa nyaman, suhu yang terlalu tinggi boleh menyingkirkan minyak semula jadi pada permukaan kulit.
Keadaan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan atau gatal. Air suam-suam kuku lebih sesuai digunakan untuk membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.

Kekerapan mencuci muka juga perlu diberi perhatian. Kulit yang sentiasa terasa tegang atau pedih selepas dicuci mungkin menunjukkan bahawa proses pembersihan terlalu agresif.
Secara umumnya, wajah tidak perlu dicuci terlalu kerap dan pencuci yang digunakan sebaiknya mempunyai formula lembut serta tidak mengganggu keseimbangan kulit.
Begitu juga dengan eksfoliasi. Walaupun proses ini boleh membantu menyingkirkan sel kulit mati, melakukannya secara berlebihan atau menggunakan bahan berasid dengan kepekatan tinggi boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Oleh itu, eksfoliasi perlu dilakukan secara sederhana mengikut keadaan kulit.
Satu lagi perkara yang sering terlepas pandang ialah tabiat bertukar-tukar produk. Mencuba produk baharu memang menarik, tetapi memperkenalkan terlalu banyak produk dalam masa yang singkat boleh menyukarkan kita mengenal pasti produk yang sesuai atau tidak sesuai dengan kulit.
Lebih baik beri masa untuk melihat bagaimana kulit bertindak balas sebelum menambah produk lain.

Dalam penjagaan kulit sensitif, asas yang paling penting ialah memastikan kulit dibersihkan dan dilembapkan dengan baik. Pencuci muka sepatutnya membantu menyingkirkan kotoran dan lebihan sebum tanpa menyebabkan kulit terasa terlalu kesat atau tegang selepas dicuci.
Pelembap pula membantu mengekalkan kandungan air pada kulit dan mengurangkan kehilangan kelembapan. Bagi kulit sensitif, produk tanpa pewangi serta mempunyai formulasi yang lebih ringkas boleh menjadi pilihan yang lebih sesuai untuk mengurangkan potensi iritasi.
Pendekatan ini turut menjadi asas kepada rangkaian penjagaan kulit SensaV, yang memberi tumpuan kepada rutin tiga langkah iaitu membersihkan, menenangkan dan menguatkan.

Rutin Penjagaan Kulit Yang Baik Menurut SensaV
Dalam membentuk rutin penjagaan kulit yang lebih ringkas, SensaV memberi tumpuan kepada tiga langkah utama iaitu membersihkan, menenangkan dan menguatkan kulit.
Langkah pertama ialah pembersihan. SensaV menggunakan surfaktan berasaskan asid amino yang membantu membersihkan kulit secara lembut tanpa mengganggu keseimbangan semula jadinya. Formulasi ini juga mempunyai tahap pH sekitar 5.5 yang sesuai dengan keadaan semula jadi kulit.

Selepas kulit dibersihkan, langkah seterusnya memberi tumpuan kepada menenangkan kulit. Menerusi konsep Zero Additive, SensaV tidak memasukkan bahan seperti pewangi, pewarna, alkohol, lanolin dan minyak mineral dalam formulanya.
Ia turut diperkaya dengan bahan seperti Dipotassium Glycyrrhizate dan Mirabilis Jalapa yang digunakan dalam formulasi untuk membantu menenangkan kulit.
Langkah terakhir pula memberi perhatian kepada kelembapan dan kekuatan lapisan pelindung kulit. SensaV menggabungkan Alpine Edelweiss bersama lipid botani seperti Squalane dan Minyak Kacang Macadamia bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Secara keseluruhannya, penjagaan lapisan pelindung kulit tidak semestinya memerlukan rutin yang panjang. Rutin asas yang dilakukan secara konsisten, pemilihan produk yang lembut serta mengelakkan tabiat yang boleh mencetuskan iritasi sudah menjadi antara perkara penting dalam penjagaan kulit harian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian penjagaan kulit SensaV, ikuti SensaV di Instagram, Facebook dan TikTok.