BEUTEA Highland Tea Kini Hadir Dalam Bentuk Teh Uncang Dengan 5 Pilihan Perisa

September 9, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus untuk penggemar teh yang gemarkan rasa lebih asli dan aroma yang wangi, BEUTEA kini memperkenalkan BEUTEA Highland Tea, rangkaian teh uncang baharu yang menggunakan daun teh penuh premium.

Menurut Beutea, penawaran varian ini adalah untuk memudahkan para penggemar teh untuk menikmatinya pada bila-bila masa – yang mana teh ini boleh dibancuh dan dinikmati sama ada secara panas atau sejuk.

Untuk pilihan perisa, BEUTEA Highland Tea hadir dengan lima pilihan teh istimewa, iaitu Jasmine Green Tea, Lan Hua Green Tea, Longjing Green Tea, Osmanthus Green Tea dan Highland Oolong Tea.

Setiap pilihan menawarkan karakter rasa dan aroma tersendiri, sesuai untuk dinikmati ketika bersantai di rumah, menemani waktu bekerja atau sebagai minuman sejuk pada hari yang panas.

Selain rangkaian teh baharu ini, BEUTEA turut memperkenalkan Cold Brew Glass Cup berharga RM29.90 setiap satu. Botol minuman ini direka dengan bentuk yang ringkas dan kemas selain turut sesuai digunakan untuk membancuh teh.

Sempena pelancaran BEUTEA Highland Tea, pelanggan yang membeli mana-mana empat kotak teh akan menerima satu Cold Brew Glass Cup dan beg hadiah secara percuma.

Namun begitu, warna cawan adalah diberikan secara rawak dan hadiah ini hanya tersedia selagi stok masih ada.

Bagi yang ingin mendapatkan BEUTEA Highland Tea, ia kini ditawarkan menerusi aplikasi BEUTEA atau di cawangan BEUTEA berdekatan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd