Skechers Max Run Collection Kini Tersedia Pada Harga Bermula RM279
Lina Rosli
Bagi anda yang sedang mencari kasut baharu untuk aktiviti larian, Skechers kini memperkenalkan Max Run Collection, koleksi kasut larian yang direka untuk memberikan keselesaan dan sokongan sepanjang aktiviti.
Koleksi terbaharu ini merangkumi tiga pilihan untuk dewasa dan dua pilihan untuk kanak-kanak, dengan pelbagai pilihan warna yang sesuai untuk pelari daripada pelbagai peringkat pengalaman.

Untuk dewasa, Max Run Collection terdiri daripada Skechers Hands Free Slip-ins: Max Run, Skechers Max Run – Altura untuk lelaki dan Skechers Max Run – Pacewave untuk wanita.
Sementara itu, pilihan untuk kanak-kanak pula merangkumi Skechers Max Run – Paceweaver untuk kanak-kanak lelaki dan Skechers Max Run untuk kanak-kanak perempuan.
Setiap kasut dalam koleksi ini menggabungkan teknologi keselesaan dan prestasi Skechers bagi membantu memberikan sokongan serta rasa lebih selesa dari langkah pertama hingga tamat larian.

Antara ciri utama yang dikongsikan pada koleksi ini ialah penggunaan Skechers Air-Cooled Goga Mat, iaitu tumit dalam dengan kusyen lantunan tinggi yang direka untuk memberikan tindak balas lebih responsif serta membantu pemulangan tenaga pada setiap langkah.
Selain itu, setiap model turut dilengkapi gabungan teknologi keselesaan dan prestasi tersendiri mengikut reka bentuknya, dengan tujuan memberikan pengalaman larian yang lebih lancar, stabil dan bertenaga.

Bagi yang berminat mencubanya, Skechers Max Run Collection kini ditawarkan pada harga bermula RM279 dan boleh didapati di beberapa cawangan Skechers Concept terpilih di seluruh negara.
Antara lokasi yang menawarkannya termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC dan The Exchange TRX.
Koleksi ini turut boleh dibeli secara atas talian menerusi laman web rasmi Skechers Malaysia.