SOFY Ultra Silk Hadir Dengan Tuala Wanita Sutera Tulen Setebal 0.06cm

September 11, 2026
Wanita

Lina Rosli

SOFY memperkenalkan inovasi terbaharunya menerusi SOFY Ultra Silk, tuala wanita ultra nipis yang menggunakan sutera mulberi Suzhou Gred 6A pada bahagian permukaannya.

Dengan ketebalan hanya 0.06cm, tuala wanita ini direka untuk memberikan rasa lebih ringan dan lembut pada kulit, selain membantu mengurangkan geseran pada bahagian paha dalam ketika wanita bergerak sepanjang hari.

Menurut SOFY, antara cabaran yang dihadapi sesetengah wanita ketika haid ialah iritasi kulit akibat geseran, khususnya pada bahagian celah paha.

Bagi menangani masalah tersebut, SOFY Ultra Silk menggunakan Luxury Oriental Silk. Material ini memberikan sentuhan yang lebih lembut pada kulit, termasuk bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Selain itu, ia turut dilengkapi 3X lebih pengudaraan, bagi memberikan rasa lebih selesa ketika dipakai.

Dari segi penyerapan pula, SOFY Ultra Silk menggunakan Triple Absorbent Layer yang dikatakan mampu menyerap cecair 30% lebih pantas. Ciri ini membantu memastikan permukaan kekal kering serta mengurangkan risiko kebocoran.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, SOFY Ultra Silk kini ditawarkan dalam dua pilihan panjang, iaitu 25cm dan 29cm, pada harga RM11.90.

Produk ini boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia di seluruh negara, selain boleh dibeli secara atas talian menerusi Watsons Online.

SOFY Ultra Silk Turut Dibawa Ke Roadshow

Sempena pelancaran produk baharu ini, SOFY turut mengadakan #theFinestPureSilk Roadshow dengan kerjasama Watsons Malaysia.

Pengunjung berpeluang mengenali SOFY Ultra Silk dengan lebih dekat menerusi beberapa aktiviti seperti The Silk Lab, yang menyediakan ruang untuk meneroka ciri-ciri produk, serta The Silk Wall untuk bergambar dan berkongsi detik sepanjang roadshow.

Turut tersedia ialah Oriental Scents Bar, di mana pengunjung boleh menghasilkan uncang herba sendiri menerusi aktiviti DIY.

Sepanjang roadshow, pengunjung juga boleh mendapatkan SOFY Oriental Knot Bag secara percuma dengan pembelian minimum RM30. Untuk pembelian minimum RM60 pula, mereka boleh mendapatkan SOFY Oriental Knot Bag serta menikmati diskaun RM6.

Roadshow SOFY Ultra Silk akan berlangsung di beberapa lokasi terpilih:

  • 9–13 September 2026 – FF, V-Boulevard, Sunway Velocity
  • 21–27 September 2026 – LG2, Orange Avenue, Sunway Pyramid
  • 28 Oktober–1 November 2026 – Aras 1, 1 Utama

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd