UNIQLO Lancar Koleksi KAWS UNIVERSE Dengan Watak Baharu – Harga Bermula RM39.90
Lina Rosli
Khusus untuk anda yang menggemari KAWS, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi terbaru mereka bersama UNIQLO menerusi koleksi KAWS UNIVERSE.
Kolaborasi ini menampilkan koleksi UNIQLO UT yang bertemakan “We are better together” yang mana ia menampilkan rekaan t-shirt ikonik UNIQLO bersama watak COMPANION dan juga beberapa watak baharu yang lain.

Untuk watak baharu yang diperkenalkan, KAWS tampil dengan karakter yang diinspirasikan daripada elemen universal seperti Bumi, Bulan dan Matahari.
Karakter-karakter tersebut tampil bersama COMPANION dalam rekaan yang menggambarkan rasa harapan, kehangatan dan hubungan sesama manusia.



Selain karakter baharu, koleksi ini turut menampilkan motif “XX” yang sinonim dengan karya KAWS menerusi beberapa perincian halus dan sulaman pada pakaian.
Bagi anda yang berminat, UNIQLO x KAWS UNIVERSE ini tampil dengan variasi pilihan pakaian untuk dewasa dan juga kanak-kanak iaitu:
- Empat rekaan t-shirt dewasa pada harga RM59.90 dan tiga rekaan sweatshirt berharga RM129.90.
- Tiga rekaan T-shirt berharga RM39.90 serta tiga rekaan sweatshirt pada harga RM79.90.

Menariknya, kolaborasi kali ini turut memperkenalkan KAWS plush charm buat pertama kali. Tersedia dalam tiga rekaan, charm tersebut dijual pada harga RM49.90.
Untuk mendapatkannya, koleksi KAWS UNIVERSE kini boleh didapati di cawangan UNIQLO terpilih di Malaysia serta melalui laman rasmi UNIQLO Malaysia.