IZIPIZI Memperkenalkan Koleksi Morning Express Pada Harga Bermula RM189

September 15, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Setiap orang mempunyai rutin pagi yang berbeza. Ada yang perlu menyiapkan anak-anak ke sekolah, ada yang bergegas ke tempat kerja, dan macam-macam lagi.

Kesibukan inilah yang menjadi inspirasi kepada koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 (AW26) IZIPIZI, menerusi Morning Express.

Mengangkat tema “Rush with style”, koleksi ini menampilkan pelbagai pilihan kaca mata yang direka untuk menemani rutin harian, sama ada ketika dalam perjalanan, membaca atau menjalani aktiviti bersama keluarga.

Koleksi Morning Express merangkumi tiga rangkaian utama iaitu Reading, Sun dan Child, yang masing-masing direka mengikut keperluan pengguna.

Rangkaian Reading ditawarkan pada harga antara RM229 hingga RM269, sesuai untuk kegunaan ketika membaca atau melakukan aktiviti yang memerlukan penglihatan dekat.

Rangkaian Sun pula berharga antara RM269 hingga RM299, menampilkan pilihan kaca mata hitam untuk kegunaan di luar rumah.

Bagi kanak-kanak, rangkaian Child ditawarkan pada harga RM189, dengan rekaan yang sesuai digunakan sepanjang aktiviti harian.

Bukan itu sahaja, koleksi ini turut memperkenalkan ECHO, bentuk baharu yang diinspirasikan daripada siluet panto. Ia menampilkan garisan yang lebih lembut serta bentuk sedikit lebih besar untuk memberikan penampilan yang moden dan versatil.

Dari segi warna, koleksi ini menggunakan palet yang mengambil inspirasi daripada suasana bandar dan waktu pagi.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah Dark Expresso, Blue Line, Morning Ray dan Urban Steel, dengan setiap warna memberikan penampilan yang berbeza, daripada rona yang lebih gelap dan neutral kepada pilihan yang lebih ceria.

Bagi yang berminat, koleksi IZIPIZI AW26 Morning Express kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM189.

Ia boleh didapati di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur, Aras 5, Lot P52, serta SEIBU TRX, Aras 2 dalam ANTE Shop.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd