Tealive Bakal Memperkenalkan Minuman Pracampur Baharu Menerusi Siri Tealive Layan Coffee

September 15, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi yang gemarkan kopi tetapi pada masa sama tidak mahu melepaskan rasa teh, Tealive bakal mengetengahkan gabungan kedua-duanya menerusi siri Tealive Layan Coffee.

Siri ini menggabungkan beberapa pilihan kopi dengan Da Hong Pao, sejenis teh Oolong yang mempunyai aroma kuat serta rasa panggang yang tersendiri.

Gabungan ini turut mengambil inspirasi daripada Cham, minuman yang menggabungkan kopi dan teh serta cukup sinonim dengan citarasa tempatan.

Untuk pengetahuan anda, siri Layan Coffee hadir dalam tiga gabungan yang menggunakan asas kopi berbeza iaitu:

  • White Coffee + Da Hong Pao
  • Cham Coffee + Da Hong Pao
  • Signature Coffee + Da Hong Pao

Berdasarkan perkongsian di media sosial, siri minuman baharu ini dijangka akan diperkenalkan pada 25 September 2026 ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd