Carlo Rino Bawa Sentuhan Fantasi Untuk Koleksi AW26 ‘The Wandering Stitch’

September 17, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Carlo Rino memperkenalkan koleksi Autumn/Winter 2026 (AW26) menerusi The Wandering Stitch, yang diinspirasikan oleh perjalanan, imaginasi dan proses mengenali diri sendiri.

Koleksi ini membawa tema pengembaraan melalui gambaran sebuah dunia yang dipenuhi istana tersembunyi, taman dan laluan yang tenang.

Inspirasi tersebut kemudiannya diterjemahkan ke dalam rekaan yang meraikan gaya peribadi serta pengalaman yang dikumpulkan sepanjang perjalanan.

Konsep The Wandering Stitch turut mengetengahkan idea bahawa fesyen bukan sekadar pakaian atau aksesori, tetapi boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman seharian.

Antara yang ditampilkan ialah Matrix Trunkette Collection, selain pilihan beg, kasut dan aksesori yang direka untuk melengkapi keperluan wanita dalam kehidupan seharian.

Setiap rekaan hadir dengan perincian tersendiri serta siluet yang mudah dipadankan.

Pada masa sama, koleksi ini menampilkan koleksi barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai situasi, sama ada ketika menjalani rutin harian atau meneroka tempat baharu.

Bagi yang berminat, koleksi The Wandering Stitch bagi musim Autumn/Winter 2026 akan dilancarkan tidak lama lagi.

Nantikan maklumat lanjut menerusi saluran media sosial rasmi Carlo Rino dan butik-butiknya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd