Karnival Saya Dan MAGGI Di TRX Kembali Dengan Pelbagai Aktiviti Dan Tawaran Menarik
Lina Rosli
Selepas kejayaan acara Maggi ini pada tahun lepas, Karnival Saya Dan MAGGI kini kembali lagi di Raintree Plaza, The Exchange TRX – ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk diterokai.
Berlangsung dari 17 hingga 20 September 2026, karnival ini bukan sahaja menampilkan pelbagai sajian berasaskan MAGGI, tetapi turut membawa pengunjung mengenali lebih dekat akan bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan perencah serta mencuba penawaran terbaharu daripada MAGGI.


Sewaktu acara ini berlangsung, pengunjung boleh menerokai setiap stesen yang disediakan sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik.
Antaranya ialah stesen Dari Ladang ke Hidangan Keluarga yang memperlihatkan bahan-bahan terpilih yang digunakan oleh MAGGI bagi memastikan kualiti setiap produk yang dihasilkan.

Pengunjung juga boleh singgah di stesen Dari Restoran ke Rumah Saya untuk merasai sendiri produk baharu MAGGI, iaitu mi segera Mi Goreng Kari Kaw yang menawarkan cita rasa kari yang lebih menyelerakan.


Bukan itu sahaja, terdapat juga tawaran hadiah istimewa untuk pengunjung yang membuat pembelian di karnival.
Bagi pembelian bernilai RM18 dan ke atas, pengunjung boleh mendapatkan hadiah istimewa yang disediakan iaitu 1x Beg Koleksi MAGGI, manakala pembelian bernilai RM40 dan ke atas pula melayakkan pengunjung menerima hadiah dengan nilai tawaran yang berbeza iaitu 1x Puffy Beg MAGGI dan juga 1x Rantai Kunci yang boleh diperibadikan.
Jadi, selain membawa pulang produk MAGGI, pengunjung juga berpeluang mendapatkan produk MAGGI dengan harga istimewa sepanjang karnival ini berlangsung.


Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, Karnival Saya Dan MAGGI memberikan peluang untuk pengunjung bukan sahaja membeli produk, tetapi turut mengenali MAGGI dengan lebih dekat.
Bagi anda yang ingin menerokai kemeriahan karnival ini, Karnival Saya Dan MAGGI akan berlangsung di Raintree Plaza, The Exchange TRX bermula dari 17 hingga 20 September 2026, pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.