NakNak Hadir Dengan Menu Baharu – Ultimate Cheese Bomb

September 21, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Buat penggemar keju di Malaysia, NakNak memperkenalkan Ultimate Cheese Bomb, hidangan baharu yang menggabungkan ayam goreng Korea rangup, kentang goreng keemasan dan mozzarella cair dalam satu hidangan.

Untuk menu baharu ini, NakNak menampilkan dua pilihan hidangan iaitu Original dan Spicy.

Original Ultimate Cheese Bomb ditawarkan pada harga bermula RM24.90, menampilkan ayam goreng Korea dan kentang goreng keemasan bersama mozzarella cair.

Sementara Spicy Ultimate Cheese Bomb pula ditawarkan pada harga RM26.90 yang mana ia juga hadir dengan Spicy Gochujang Nak Dak untuk pilihan yang lebih pedas dan berperisa.

Bagi yang mahukan lebih banyak keju, Ultimate Cheese Bomb Sauce turut tersedia sebagai sos cicah tambahan pada harga bermula RM8.

Selain hidangan utama tersebut, NakNak turut memperkenalkan beberapa pilihan baharu untuk melengkapkan hidangan mengikut selera pelanggan.

Shake Shake Salad pada harga RM9.90 hadir dengan pilihan Korean Dressing atau Sesame Dressing, manakala tambahan dressing boleh didapati pada harga RM1.50.

Pelanggan juga boleh mendapatkan kombo salad bersama minuman ringan pada harga bermula RM12.90, sesuai untuk dinikmati bersama ayam goreng, burger atau hidangan lain daripada menu NakNak.

Sebagai pilihan pencuci mulut, Joy Cookie Tiramisu pada harga RM12.90 menggabungkan biskut dengan cita rasa tiramisu, sekali gus memberikan sentuhan manis selepas menikmati hidangan utama.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, menu baharu ini boleh diterokai bermula hari ini di semua cawangan NakNak berdekatan anda – tersedia untuk tempoh terhad.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd