GUESS Allegra Tampil Dengan Rekaan Feminin Dan Praktikal
Lina Rosli
GUESS memperkenalkan koleksi Allegra menerusi kempen terbaharu, Allegra Shows Off, yang menampilkan personaliti televisyen dan figura fesyen, Maura Higgins.

Untuk koleksi ini, ia diinspirasikan oleh gaya dan kemewahan kereta klasik vintage roadster.
Menerusi koleksi ini, Guess dilihat mengetengahkan beg Allegra sebagai aksesori yang menggabungkan gaya feminin, keyakinan dan fungsi untuk kegunaan harian.

Koleksi Allegra menampilkan tiga elemen utama iaitu Form, Feel dan Function yang diterapkan menerusi reka bentuk serta material beg.
Ia hadir dengan siluet berbentuk sayap dan struktur berlipat yang mana ia memberikan Allegra penampilan yang tersendiri.
Kemudian, ia ditambah dengan penggunaan tekstur faux suede lembut, kemasan perkakasan berkilat serta perincian logo G berwarna gangsa yang diinspirasikan daripada gaya retro menambah sentuhan mewah pada rekaannya.

Untuk musim ini, koleksi Allegra ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Cognac, Espresso dan Olive.
Pilihan warna tersebut juga menjadikannya lebih mudah digayakan bersama pelbagai penampilan, sama ada untuk kegunaan harian mahupun acara yang lebih formal.
Koleksi GUESS Allegra ditawarkan pada harga bermula RM499 dan boleh didapati di cawangan GUESS terpilih serta secara atas talian.