PUMA House of Speed Bawakan Pengalaman Formula 1 Ke Pavilion KL
Lina Rosli
Bersempena minggu perlumbaan Bahrain Grand Prix, PUMA Malaysia kini membawa pengalaman sukan permotoran lebih dekat kepada peminat menerusi House of Speed yang akan berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur dari 29 September hingga 4 Oktober 2026.
Aktivasi ini merupakan sebahagian daripada kempen We Own The Week, yang mengetengahkan dunia sukan permotoran PUMA melalui gabungan perlumbaan, prestasi, produk dan pelbagai aktiviti interaktif.

Antara tarikan utama di House of Speed ialah racing simulator yang membolehkan pengunjung merasai pengalaman berada di sebalik stereng dan menguji kelajuan serta masa tindak balas masing-masing.
Selain simulator, pengunjung juga boleh mencuba beberapa stesen cabaran yang disediakan untuk menguji kemahiran dan kepantasan.
Mereka yang berjaya melengkapkan cabaran juga berpeluang menerima barangan eksklusif PUMA.


Bukan sekadar aktiviti, House of Speed turut menampilkan pilihan produk berkaitan sukan permotoran daripada PUMA.
Pengunjung boleh melihat koleksi rasmi daripada dua pasukan Formula 1 yang bekerjasama dengan PUMA, iaitu Scuderia Ferrari HP dan McLaren Mastercard F1 Team.


Kerjasama PUMA dengan kedua-dua pasukan ini turut membawa elemen perlumbaan ke dalam koleksi fesyen, menjadikannya sesuai untuk peminat yang mahu menggabungkan minat terhadap motorsport dengan gaya harian.
Bagi mereka yang membuat pembelian bernilai RM400 dan ke atas, PUMA turut menawarkan hadiah eksklusif dengan pembelian, tertakluk kepada ketersediaan.
House of Speed Dibuka Selama Enam Hari
House of Speed akan berlangsung selama enam hari di Pavilion Kuala Lumpur, bermula 29 September hingga 4 Oktober 2026.
Dengan gabungan racing simulator, cabaran interaktif dan koleksi motorsport, aktivasi ini boleh menjadi salah satu lokasi untuk dikunjungi sepanjang minggu perlumbaan.