MOCCONA Kini Hadir Dengan Kopi 3 Dalam 1, Tampil Dengan Perisa Cappuccino Dan Caramel Latte

September 30, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi penggemar kopi yang mahukan minuman lebih mudah untuk disediakan, MOCCONA kini memperluaskan rangkaiannya menerusi pelancaran MOCCONA 3-in-1 Range.

Buat pertama kalinya, jenama kopi yang mempunyai sejarah sejak 1753 ini memasuki kategori kopi 3-dalam-1 dengan menawarkan pengalaman menikmati kopi beraroma dan rasa premium dalam format yang lebih mudah.

Menurut Fiona Tan, General Manager, JDE Malaysia, rangkaian baharu ini dibangunkan berdasarkan legasi MOCCONA dalam segmen kopi segera freeze-dried, sambil disesuaikan dengan gaya hidup pengguna masa kini yang mahukan sesuatu yang mudah dan fleksibel.

Bagi yang berminat MOCCONA 3-dalam-1 ditawarkan dalam dua pilihan yang mana masing-masing mengandungi 12 sachet untuk satu pek penuh.

Cappuccino menampilkan rasa kopi yang lebih penuh dan beraroma, digabungkan dengan buih yang lembut dan berkrim.

Bagi yang menggemari rasa lebih manis, Caramel Latte pula menggabungkan aroma kopi dengan rasa karamel yang lembut.

Menariknya, kedua-dua pilihan ini boleh dinikmati bukan sahaja sebagai minuman panas, tetapi juga sejuk. Formula yang mudah larut membolehkan campuran kopi dibancuh menggunakan air panas atau air sejuk.

Untuk menikmati minuman sejuk, pengguna hanya perlu menuangkan campuran ke dalam gelas, menambah air sejuk dan ais sebelum mengacaukannya. Jika mahukan minuman panas pula, gunakan air panas dan kacau sehingga sebati.

Rangkaian baharu ini kini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia, selain pembelian secara atas talian menerusi JDE Malaysia Official Store di Lazada dan Shopee.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd