Skechers AERO Elite Kini Di Malaysia Pada Harga RM999
Lina Rosli
Skechers memperluaskan rangkaian kasut larian AERO menerusi pelancaran Skechers AERO Elite, kasut super shoe pertama daripada jenama tersebut yang dibangunkan mengikut piawaian World Athletics.
Model terbaharu ini hadir selepas pelancaran SKX AERO Burst, SKX AERO Spark, Skechers AERO Pulse dan Skechers AERO Razor yang diperkenalkan sebelum ini.
Direka untuk pelbagai jarak larian, daripada 5 kilometer sehingga maraton, Skechers AERO Elite menawarkan gabungan teknologi prestasi yang dibangunkan untuk membantu memberikan pengalaman larian yang lebih responsif dan selesa.

Antara teknologi yang digunakan termasuk HYPER BURST PRO cushioning, HYPER ARC technology, HYPER BURST PRO sockliner, Quantum Plate berasaskan karbon serta bahagian atas Performance FitKnit®.
Skechers AERO Elite ditawarkan untuk lelaki dan wanita dalam pilihan warna White Multi, dengan harga RM999.
Bagi yang berminat, kasut ini boleh didapati di beberapa Skechers Concept Stores terpilih di seluruh Malaysia, termasuk 1 Utama Shopping Centre, IOI City Mall, Mid Valley, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC Mall dan The Exchange TRX Mall.