Continental Tyres Malaysia Memperkenalkan In-Store Marketplace
Lina Rosli
Continental Tyres Malaysia memperkenalkan In-Store Marketplace, platform yang menggabungkan kemudahan digital dengan khidmat pengedar untuk memudahkan proses mendapatkan tayar Continental dan General Tire.
Menerusi platform ini, pelanggan boleh membuat pembelian dan tempahan pemasangan, dengan bantuan pengedar masih tersedia sekiranya diperlukan.
Akses kepada marketplace boleh dilakukan melalui kod QR di cawangan, pautan yang dikongsi menerusi media sosial pengedar atau selepas pelanggan menghubungi pengedar untuk mendapatkan sebut harga sebelum berkunjung ke pusat jualan.
Pendekatan ini memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk memulakan proses pembelian mengikut cara yang paling sesuai, sama ada ketika berada di cawangan atau sebelum membuat kunjungan.

Tawar Ganjaran TNG eWallet Hingga RM200
Sempena pelancaran, pelanggan yang membeli dua atau empat tayar Continental atau General Tire melalui In-Store Marketplace di pusat jualan yang mengambil bahagian boleh menerima ganjaran TNG eWallet sehingga RM200 sehingga 31 Oktober 2026.
| Saiz Rim | Beli 2 Tayar | Beli 4 Tayar |
|---|---|---|
| 15” – 16” | RM30 | RM60 |
| 17” – 18” | RM60 | RM120 |
| 19” dan ke atas | RM100 | RM200 |
Selain itu, pembelian yang layak turut boleh menikmati diskaun sehingga 10% menerusi SPayLater, dengan perbelanjaan minimum RM200 dan diskaun maksimum RM100.
Kedua-dua promosi tertakluk kepada stok serta terma dan syarat yang ditetapkan.

Dari segi perlindungan, tayar Continental dan General Tire yang layak dilindungi di bawah Waranti Pengilang Tayar Sepanjang Hayat bagi kecacatan pengilang sepanjang tempoh hayat tayar.
Pelanggan juga boleh mendaftarkan pembelian yang layak menerusi aplikasi Conti TCP untuk mendapatkan TCP Road Hazard Warranty selama 12 bulan dari tarikh pembelian.