Hermès Beauty Memperkenalkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2026 Dengan 3 Warna Gincu Edisi Terhad

October 6, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Untuk koleksi musim Luruh/Sejuk 2026 ini, Hermès Beauty menampilkan tiga produk bibir dalam rona yang diinspirasikan oleh pertemuan antara kesejukan salji dan kehangatan warna.

Koleksi ini terdiri daripada Hermès Rosy Lip Enhancer 38 Rouge Airelle, Hermès Matte Lipstick 83 Scandinave dan Hermès Satin Lipstick 21 Rose Épicé, masing-masing hadir dengan kemasan serta karakter warna yang berbeza.

#1 Hermès Rosy Lip Enhancer 38 Rouge Airelle – RM470

Hadir dalam rona merah buah dengan sentuhan merah jambu, Rouge Airelle memberikan warna lembut dan lutsinar yang diinspirasikan daripada buah beri segar.

Teksturnya yang halus menghasilkan kesan bibir lebih munggil dengan kemasan berkilau. Formula ini menggabungkan ekstrak mulberi putih bersama minyak biji bijan dan raspberi untuk memberikan rasa lembut serta selesa pada bibir.

#2 Hermès Matte Lipstick 83 Scandinave – RM470

Bagi penggemar kemasan matte, Scandinave hadir dalam rona merah Nordic yang lebih pekat dan berani.

Dengan pigmen yang pekat, gincu ini menghasilkan warna yang lebih menonjol dengan kemasan matte, velvety dan sedikit berbedak. Formula turut mengandungi ekstrak mulberi putih dan bijan bagi membantu mengekalkan kelembapan serta keselesaan bibir.

#3 Hermès Satin Lipstick 21 Rose Épicé – RM470

Sementara itu, Rose Épicé mengetengahkan rona merah jambu dengan sentuhan terracotta yang menjadi antara warna ikonik Rouge Hermès.

Gincu dengan kemasan satin ini mempunyai tekstur yang halus dan mudah mencair pada bibir, memberikan hasil yang lebih berseri sambil mengekalkan rasa lembut dan selesa.

Bagi yang berminat, ketiga-tiga produk edisi terhad ini, iaitu Hermès Rosy Lip Enhancer 38 Rouge Airelle, Hermès Matte Lipstick 83 Scandinave dan Hermès Satin Lipstick 21 Rose Épicé, dijual pada harga RM470 setiap satu.

Koleksi ini boleh didapati di butik Hermès serta secara eksklusif di kaunter Hermès di Isetan KLCC dan SEIBU.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd