Cheez Dippers Solo The Laughing Cow Kini Di 7-Eleven Pada Harga RM3.90

October 5, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

The Laughing Cow memperkenalkan Cheez Dippers Solo, pilihan snek dalam saiz hidangan tunggal yang kini boleh didapati di 7-Eleven seluruh negara.

Bagi yang tidak mengetahui, Cheez Dippers Solo ini menggabungkan sos keju yang berkrim bersama batang roti rangup dalam saiz yang sesuai untuk satu hidangan.

Ia dihasilkan menggunakan keju sebenar, perisa semula jadi dan bijirin, produk ini turut menjadi sumber kalsium serta mendapat pensijilan halal.

Selain itu, saiznya yang kecil turut menjadikannya pilihan untuk dibawa ke aktiviti seperti berkelah, dimasukkan ke dalam beg hadiah atau dihidangkan dalam majlis santai.

Kini Di 7-Eleven Pada Harga RM3.90

Untuk anda yang ingin mencuba, The Laughing Cow Cheez Dippers Solo Plain (30g) kini dijual pada harga RM3.90 sepeket di 7-Eleven.

Ia turut boleh didapati di beberapa rangkaian kedai serbaneka terpilih di seluruh negara, termasuk MyNEWS dan CU Mart.

Untuk maklumat lanjut, ikuti The Laughing Cow Malaysia di Instagram @thelaughingcow_my dan Facebook @TheLaughingCowMalaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd