CU Malaysia Hadir Dengan Kopi 1 Liter Pada Harga Bermula RM10.99, Menampilkan Pilihan Iced Americano Dan Iced Latte
Lina Rosli
CU Malaysia memperkenalkan pilihan kopi bersaiz 1 liter pada harga RM11.99, menerusi siri Iced Bucket yang hadir dengan dua pilihan minuman iaitu Iced Americano dan Iced Latte.
Ditawarkan dalam saiz yang lebih besar berbanding hidangan kopi biasa, pilihan ini sesuai untuk dinikmati sepanjang hari atau dikongsi bersama rakan dan keluarga.
Ia juga boleh menjadi pilihan ketika bekerja, mengadakan perbincangan atau menikmati minuman kopi dalam tempoh yang lebih lama.

Bagi anda yang berminat, Iced Americano menawarkan rasa kopi yang lebih ringkas dan menyegarkan, manakala Iced Latte hadir dengan campuran susu yang memberikan rasa lebih lembut dan berkrim.
Dengan harga bermula RM10.99, kedua-dua pilihan ini memberikan alternatif kepada pelanggan yang mahukan minuman kopi dalam kuantiti lebih banyak pada satu-satu masa.

Namun, Iced Bucket ini hanya ditawarkan di cawangan CU Malaysia terpilih dan tertakluk kepada ketersediaan stok.
Pelanggan boleh menyemak senarai cawangan yang mengambil bahagian melalui saluran rasmi CU Malaysia sebelum membuat kunjungan.